adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Tuesday, December 29, 2009

Adakah kita telah mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya..Kerana jika kita tidak dicintai oleh Yang menciptakan kita, maka sudah tentu kita dalam kerugian yang amat sangat, Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua - hai penghuni-penghuni langit - si Fulan itu. Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)Apabila cinta manusia melebihi cinta kepada Allah yang menimpa hanyalah musibah,yang diharapkan hanya penipuan,yang terlena-terleka-terpedaya,dengan apa?dengan menggunakan alasan bercinta atas dasar agama? Jangan halalkan yang haram, jangan gunakan alasan atas dasar islam jika cinta itu hanya indah khabar dari rupa..Kurangkan berhubung banyakkan ingat kepada Allah.LA TAHZAN! Jika ia benar milikmu, takkan kemana gunung dikejar.Ingatkan lagu nasyid tue.

" Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu untuk siapa?,jangan mudah melafaz sayang,sayang itu untuk siapa?"

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah.

Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bila takda mesej lagha maka akan kuranglah bermesej-mesej. Maka kuranglah zina hati itu.Mesej untuk peringatan dan bertanya khabar takda masalah.

“NAK BERCINTA? -bercintalah jangan sampai melupakan Allah.”Tapis sms tue.. jaga hati bila nk bermesej,CALL?tak perlulah,suara wanita itu aurat nanti hanya menambahkan titik jerumus ke arah zina hati dan sebagainya.Jika benar-benar sayang dan kasih kerana Allah minta pasangan mengikat ikatan dengan tali tunangan atau &perkahwinan.


"Tidak perlu lama-lama bercinta, berjumpa, berdating-dating, bermesej-mesej menda yang tidak berfaedah, berbual lama-lama hingga habis kredit, TAMBAH DOSA!”Tudung labuh yang dipakai ini bukan sekadar suka-suka..

(bersambung...)

Friday, December 18, 2009




Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?


Sayanglah kiranya hati ini sunyi sepi ibarat tanah yang gersang tanpa setitis airmata, tandus tanpa dibajai dengan zikrullah & rosak tanpa kunjungan Rahmat Allah..

Bagi jiwa-jiwa manusia yang telah hilang arah tujunya,yang telah lelah dalam mengharungi dugaan dunia,yang telah rebah tanpa tempat mengadu.. setahun dirasakan ibarat sebulan, sebulan dirasakan ibarat seminggu,seminggu dirasakan ibarat sehari,dan

sehari yang dirasakan ibarat beberapa jam yang berlalu dengan begitu pantas...


Dan ketika ini,sedarlah bahawa anda mengalami masalah hati.. Ana mahu kongsi suatu tempat yang menarik dikala manusia terpinga-pinga mencari tempat untuk menenangkan jiwa yang resah, meredakan airmata yang tertunggak,dan merenung perjalanan anda sebagai seorang manusia.

Pondok Pesantren Malaysia
(atau lebih dikenali dengan nama Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia, Kuala Nerang, kedah)


Inabah adalah istilah yang berasal dari Bahasa Arab anaba-yunibu (mengembalikan) sehingga inabah berarti pengembalian atau pemulihan, maksudnya proses kembalinya seseorang dari jalan yang menjauhi Allah ke jalan yang mendekat ke Allah.


Di pondok pesantren ini terkumpul puluhan hamba Allah yang mencari jalan pulang setelah beribu batu tersasar,yang mencari secebis ketenangan jiwa setelah tenggelam dalam tekanan dunia ,yang mencari-cari dan terus tercari lalu qadar & qada Allah telah menentukan segalanya, dipondok pesantren ini puluhan hamba Allah yang mengutip rahmat kasih Allah dalam usaha memiliki sebuah hati yang baru....



Disini kita kembali kepada yang haq,kembali atas tujuan apa sebenarnya manusia diciptakan didunia. Bukanlah harta,pangkat dan kedudukan yang dikejar malahan tipu daya dunia ini menjadi hijab diantara kita dan Allah s.w.t.. Disini kita kembali ingin menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan setelah berabad tahun lamanya bergelumang dosa, kembali setelah merasakan bertemu had jalan didunia,kembali memuhasabah diri.. Disini kita kembali meninggalkan harta,pangkat,kedudukan,segala tipu daya manusia.. dan kita berkumpul atas satu dasar, mencari jalan pulang....


(Gambar Ust Hj.Moh Zuki As Syuja menyampaikan kuliah buat anak-anak bina)
Dipesantren ini,
alunan zikirullah menjadi siulan,utas tasbih menjadi teman,solat malam tempat mengadu,majlis ilmu menjadi makanan buat rohani.,tarikat sebagai rawatan dan Muafakat menjadi berkat mengharap rahmat Allah tidak bertalu.


Pondok Remaja Inabah ini merupakan sebuah institusi pusat untuk aktiviti Tarikat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang berpangkalan di Pondok Pesantren Suryalaya, Indonesia. Terdapat tiga cawangan di Malaysia, iaitu di Kuala Nerang, Kedah, Terengganu, dan Sabah. Di cawangan kuala nerang ia mempunyai pesantren untuk muslimin sahaja untuk muslimat belum ada lagi, dibawah pengelolaan Ust. H. Moh Zuki As Syuja ia terbina indah didalam kawasan pendalaman (dalam hutan).


(Gambar bersama alfathil Ust Yunan di pesantren Malaysia)

Bagi teman-teman yang ingin mendalami ilmu dipesantren ini bolehlah berkunjung ke sini. perbetulkan niat,tuluskan hati,lapangkan akal untuk menemui apa yang anda tercari-cari selama ini.. insyaAllah maha pencipta itu sentiasa bersama orang-orang mendambakan kasihnya.. Namun janganlah berharap dapat mencuci hati,mencari ketenangan disini melainkan anda harus sedar mengenai:

"Dan ingatlah hidayah itu bukanlah milik manusia,malaikat mahupun nabi tetapi ianya milik Allah,kita hanya berusaha agar dapat seinci melangkah dalam usaha untuk dekat pada rahmat & hidayah Allah
. "

Allahuallam...


Pesantren Indonesia:
Petikan dari : http://www.suryalaya.org/inabah.html

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh DR. Juhaya S. Praja, dalam tahun 1981-1989, 93,1% dari 5.845 anak bina yang mengikuti program inabah dapat dikembalikan ke keadaan semula dan dapat kembali hidup di masyarakat dengan normal.
(Anak bina sedang belajar baca Al-Quran)


(Anak bina sedang berkonsultasi dengan pembina)

Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia
Jabal Suf Kampong Paya,
Mukim Padang Temak,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Hj. Mohd Zuki As-Sujja’ Bin Shafie
Tel: 04-7823999
Fax: 07-7823997

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”


“Sis nadirah dah siapkan assignment yang Prof Abdullah bagi haritue?”


“Alhamdulillah akak dalam proses finishing, sikit lagi. Kenapa hajar?,nak akak tolong?”


“Hurm…sebenarnya saya nak minta pandapat sis...”


“Pendapat tentang apa? Tentang faris lagi?”


“Sis,saya dah bercouple dengan faris.Dan hubungan kami terjaga dari cinta berdasarkan nafsu.. Kami yakin hubungan ini pasti membawa ke gerbang perkahwinan..tapi sis..”


“Tapi apa sis hajar?”


“Tadi faris hantar sms,lalu minta putus…Dia tak mahu zina hati,tak mahu couple sebab dia malu dengan rakan tablighnya..Camna sis?Haramkah suatu Cinta itu?Saya sayang faris sis..”


“Laa..Astagfirullah,banyak-banyak mengucap hajartulhanim.,ingat Allah!”


Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)”






“Pada pendapat akak, Berkasihlah kerana Allah: Islam tidak melarang penganutnya untuk kasih mengasihi antara satu Sama lain. Binalah kasih itu dengan benih-benih tarbiyah.Jika nak main mesej ok xde masalah tapi letakkan unsur nasihat, mesej dengan iman dan taqwa.

Tak perlu mesej tentang perasaan dan cinta, perasaan cinta itu simpan dalam hati je, jangan di ungkap-ungkap dengan pasangan – takut nanti akan memudar sinar rahmat Allah.


Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari


Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.


C.I.N.T.A - bukannya sekadar untuk bersuka-suki dan berasyik - asyik. Bukanlah cinta jika sampai lahir anak tak tahu bapa, Bukanlah cinta jika sampai mengenepikan orang tua, cinta itu bukanlah mempertaruhkan syariat hingga tak kisah dosa pahala. Itu semua bukan lah cinta ! Tapi bala - yang mengundang murka!


Kita ini wanita - sis hajar sendiri pun pakai tudung labuh,tak malu orang melihatnya?Berdua-duaan di kafe,alasan apa?Belajar?Study group?Dah takda classmate wanita untuk study?Fitnah ni,sis hajar bukan sahaja telah mencemarkan imej wanita tudung labuh,malah telah membawa fitnah kepada muslimah! Kalau ikut pendapat peribadi akak, memang tindakan faris benar. Banyak-banyak mengucap sis hajar ingat Allah.Jangan mencalarkan imej islam!


(bersambung.....)

Saturday, December 12, 2009

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.

Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?Apa khabar rohani anda hari ini?Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?

Topik "Selayang pandang" adalah topik baru mengenai " a picture that desribes 1000 word"
dan ia juga merupakan perjalanan seorang anak seni bebas memperjuangkan karya seni dalam usaha dakwah melalui medium street & digital art.



Seorang pencinta seni menyusuri jalan daie...
http://dphotoku.blogspot.com


Bagi sahabat-sahabat ana yang sentiasa berkunjung ke laman "islamkan jiwaku" syukran berbanyak, bagi sokongan kepada ana dalam perjalanan seni ana juga ye.. JOM LAWAT blog "seorang pencinta seni menyusuri jalan daie".. Syukran banyak2..

Ana nak kongsikan Petikan dari latest post "seorang pencinta seni menyusuri jalan daie" di http://dphotoku.blogspot.com.. (ziarah dan bg komen ye)






Testi/comment image code for myspace,friendster,etc
Tajuk photo ini " KeranA SehElai HiJAb memBawa SeriBu perbezaAn".

Fenomena yang berlaku terhadap anak-anak gadis kita sekarang amat meruncingkan. Sebagai Ayah, Ibu, abang,kakak mahupun adik yang berpegang teguh pada hukum Allah,pesanan Rasulullah susah pasti bimbang jika ada dari kalangan ahli keluarga yang ambil mudah tentang isu aurat ini.

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Bagi seorang suami jika si isteri tidak menutup aurat si suami akan menanggung dosa itu juga andai si suami tidak menegah isterinya dari perbuatan itu.

Terlalu banyak di media yang "menghalalkan" trend free hair ini sehingga ia mungkin menjadi ikutan ahli keluarga kita,anak-anak kita dll..

Lantas dengan menyedari peranan media,rangkaian internet dsbnya membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia. Lalu photo ini juga membawa mesej :

"Kempen JOM PAKAI TUDUNG"

Perlu diingat mengenai penekanan tentang isu tudung dalam al-Quran misalannya,Allah berfirman:

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Mesej tersirat yang cuba disampaikan didalam photo yg dihasilkan adalah menunjukkan tentang :

Tudung itu adalah satu simbol kesopanan,kecantikan,keislaman,indah dsbgnya.

Dengan membawa konsep seperti ini,secara tidak langsung dapat merubah mentallity masyarakat mengenai nilai sehelai tudung yang selain dari disyariatkan oleh agama.

In this image there are 6 layer were merge together , can you find it? As usual The blending mode technique used in order to make it "double layer". Then i use blur,smudge technique to decrease the cropped line appearing.I used more blur technique to make a blur light in the center that can make the focus point will goes to the eye of muslimah and the girl with al-quran.

As you can see, there is a picture of girl holding al-quran (The picture want to show the islamic value that reveal the hijab secret) & Also a girl that covered almost the entire image (layered together) want to shown the value of beauty and true desire of muslimah.




beberapa isu yang ana cuba lemparkan," express"kan dalam bentuk digital art ini. Berdasarkan gambar diatas misalannya adalah mengenai aurat,tuntutan al-quran dan pesanan dari Rasulullah s.a.w..

Berdasarkan firman Allah s.w.t..

"“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”)

(Surah Al-Ahzab : 59)



Digital art yang dihasilkan juga membawa mesej
"KEMPEN JOM PAKAI TUDUNG"

berdasarkan kefahaman mengenai fitnah yang terbesar bagi kaum muslimin adalah wanita.
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين
“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”


Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.

"Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“ - (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
6.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
7.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

dan sebagainya yang mampu difikirkan oleh umat islam,kerana ianya tuntutan agama.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

link blog ana yang lain juga perlu diziarahi,insya-Allah perkongsian bermanfaat itu anugerah Allah.. syukran.

Photobucket

Photobucket

Photobucket





Friday, December 11, 2009


“Nisa jika engkau memilihku dulu...Mungkin juga aku tidak terlibat dengan dosa-dosa...peristiwa hitam yang menghantui hidupku...astagfirullah....astagfirullah....Ya Allah...lemahnya hambamu ini....bantulah aku...sayangi aku....”



((مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلا سَيُكَلِّمُهُ اللهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ. فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلا يَرَى إِلا مَا قَدَّمَ وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلا يَرَى إِلا مَا قَدَّمَ وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلا يَرَى إِلا النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ. فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ)) (متفق عليه) وزاد مسلم: ((وَلَوْ بِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ))


Tidak ada seorang pun di antara kalian, kecuali nanti (pada hari kiamat) akan diajak bicara oleh Allah, yang antara dia dengan Allah tidak ada seorang penerjemah pun. Lalu dia melihat ke sebelah kanannya, maka dia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya dan dia melihat ke sebelah kirinya, maka dia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya. Kemudian dia melihat ke depan maka dia tidak melihat kecuali neraka berada di hadapannya. Maka takutlah terhadap neraka walaupun (hanya berinfaq) dengan sebelah/setengah kurma!”

(HR. Al-Bukhariy no.6539 dan Muslim no.1016)

............................




“Assalamualaikum, bro zaid. Tengah baca buku apa?”


“Waalaikumsalam sufyan. Baca kitab Fatawa Mu’ashirah karangan Yusuf Al Qaradhawi – penulis buku fatwa moden. Brother Sufyan pernah membacanya? Terjumpa di library tadi – ada empat jilid fatwa moden karangan Yusuf Al Qaradhawi.”


“hehe.. tak pernah baca lagi tentang kitab fatwa moden karangan beliau,lebih suka membaca Ushulud Dakwah hasil penulisan Doktor Abdul Karim Zaidan dan juga Kitabul Kharraj oleh Imam Abu Yusuf, ehh satu lagi kitab ahlu sunnah waljamaah nama pengarangnya terlupa.. Sangat menarik untuk dibaca, brother Zaid mahu pinjam?”



“Alhamdulillah,kita bertukar kitablah yer? Insya-Allah.”


“yang itu kitab apa pula?”


“Yang ini kitab-kitab fiqh, seperti Fiqh Adillah, Fiqh Manhaji, Fiqh Muyassar, Syarah Qawaid Fiqhiah dan juga Syarah Qanun Awal Syahs dan banyak lagi yang perlu dibeli ini,buat koleksi dan ilmu bermanfaat”

“Alhamdulillah,bangga ada kawan macam bro zaid. Tapi ingat pesan ni bro zaid,kitab-kitab yang dibeli itu berlainan dengan aliran pembelajaran disini..Jangan sampai terabai pelajaran di universiti ye... Kulliyyah of Information and Communcation Technology tapi beli kitab-kitab ilmu fiqh & fatwa, mahu jadi ustaz?

“Tak salahkan?ada-ada saja bro sufyan nie”


“Bro Zaid, kau tahu tak pasal si nur tue?”Siapa sangka muslimah masjid pun tidak terlepas dari....” –Belum sempat sufyan menghabiskan ayatnya,zaid bersuara..


“Ehh??? Dari apa brother sufyan??nur ok ke? “ Ujar zaid dengan nada yang agak cemas.


“Dari fitnah dunia... “ sambung sufyan.


“Dengan siapa? Ya Allah,lindungi nur dari fitnah dunia,lindungi dia dari kesulitan dunia” hati Zaid berdoa agar Allah memelihara nur dengan segala keberkatan..


“Bro sufyan jangan main-main hal macam ni, boleh bawa fitnah ini..Berdosa besar...”


“Aku Nampak dengan mata sendiri, sister Madihah pun sebagai saksi.. “ ujar sufyan.


“Lagipun setelah aku soal selidik, bertanyakan dengan beberapa kawan rapat nur, mereka telah menyakinkan aku tentang perkara ni. Sister Hajartulhanim, housemate nur sendiri yang cakap mengenai perubahan nur secara drastic setelah terkena fitnah dunia,”coupling-trend shock kot”..


Photobucket


Ya Allah, sukar aku mahu percaya...lindungilah kesucian agamanya, akhlaknya, seindah mawar berduri...



Janganlah kau pesongkan hatinya setelah kau berikan petunjuk padanya... -bisik hati zaid tatkala tergamam akan perkabaran tersebut..


...................(bersambung)


Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online