adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Monday, April 19, 2010
[KETENANGAN JIWA] : Ana dari Madrasah atap Nipah XIII
KeRingat ibu demi sepinggan Nasi
“Assalamualaikum abang, siti nak minta tolong boleh tak? Xcukup duit nk bayar duit exam, kalau xbayar xboleh ambil exam.. Mak ngan abah xde duit..”
“bro zaid, awat? Siapa yang telipon?”
“adik ana”
“dia xcukup duit.. banyak habis untuk menyiapkan projek tahun akhirnya..”
“Bro zaid, ade duit ke? Kalu xde, ana boleh pinjamkan dahulu”
“Syukran ya sufian, alhamdulillah ana masih lagi ada wang simpanan”
“ana ni bukanlah orang senang sufian, perlu berjimat cermat dalam berbelanja, sungguh ana datang belajar disini dengan duit bantuan adik beradikku, saudara mara, dan juga duit tabung hari tua ibuku...”
“Penat jerih ayahku mengumpul duit, keringat ibuku yg dek panas Bara api dapur kayu membakar kueh setiap kali menerima tempahan”
Aku bersyukur dengan kekurangan yang mendidik hati dan jiwaku…
Kerana kekurangan ini aku belajar untuk menghargai,
Kerana kekurangan ini aku belajar makna sebuah kasih sayang seorang ibu
aku bisa menangis keranaNYA,
Kerana kekurangan ini aku mengenal tuhan, dan cintaNYA
aku faham tidak semua orang sempurna
Kerana kekurangan ini aku belajar erti pengorbanan
Aku belajar untuk mengutip lemparan ketabahan
Aku belajar untuk menjahit layar dugaan dengan keimanan
Kerana kekurangan ini aku telah belajar erti kehidupan dan terus melangkah dengan pengharapan pada Tuhan.....
“ana sedih melihat ibuku, begitu susah, sedaya upaya menyediakan kami selengkapnya..
Ibuku sanggup makan nasi putih berlaukkan dengan garam semata-mata memastikan kami dapat makan yang lebih sempurna.”
“Tiada siapa yang tahu keperitan hidup kami, hanya pada Allah kami sujud menyembah memohon rezeki untuk hari esok”
“Kalau dapat makan ikan, ketika waktu kami begitu tiada wang.. Ayahku dah pencen, duit pencen berapalah sangat utk menampung hidup kami… ibuku memberikan alas an, bahawa dia tidak lapar, makan ikan kering dah cukup…Kami adik beradik sangat terharu dengan pengorbanan kasih sayangnya kepada anak-anaknya...”
“ana orang susah, rumah papan yg semakin dimakan anai-anai itu hanya menunggu waktu untuk tumbang menyembah bumi.. Waktu kecil masih tergiang-giang dimemoriku, ayah menghantar ana dengan basikal tua, di waktu hujan lebat menyimbah kami.. Ayahku membiarkan dirinya basah.. bagi melindungi baju sekolah dan kasut putih aku..”
“Sehingga mati pun belum tentu ana dapat membalas jasa mereka..”
“Ana menangis sendirian terkenang jasa kerana ibu ayah, ana mampu belajar dimenara gading. Ana disini bukan kerana Ana seorang yg bijak pandai,tapi kerana doa ibu ayah yang tak putus-putus berdoa kejayaan kami adik beradik”
“ana disini membawa harapan ibu ayah yg mengharap kejayaan seorang anaknya,
ana disini kerana penat lelah ibu ayah ku yang membanting keringat demi menampungku,
ana disini membawa segalas airmata ibu ayah,
ana disini kerana ibu ku sanggup makan berlaukan garam, mengadap diri dengan bahang api dapur kayu utk menjual kueh bagi menyediakan makan minum kami sekeluarga,
ana disini membawa kasih sayang mereka…
ana disini kerana mereka semua yang berkorban untuk kejayaanku”
ana banyak dosa dengan mereka..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku..
Kasihinya sepertimana mereka mengasihiku, kurniakanlah kekuatan bg mereka sepertimana ia membanting keringat kekuatannya untuk ku.
Sebab itulah hatiku ini sangat rasa bersalah,dosa yang ana lakukan dulu tika ana lalai dan tersasar dari jalanNYA, jika diketahui oleh mereka,Ya Allah sudah pasti hancurlah segala harapan dan pergorbanan mereka terhadapku….
“bro zaid,kan anta dah berubah,. Yang berlalu..Biarkan terus berlalu...Dan masa yg ada sekarang manfaatlah sebaik-baiknya…”
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankaabut: 2-3)
“Alhamdulillah, Allah masih lagi mengasihi ana dijalannya, masih lagi berkehendakkan ana utk berbakti dijalannya selain menjadikan amal kebaikan sebagai kafarah menghapus dosa-dosa yang lalu...”
Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahanpun". (Isnadnya Hasan, ditakhrij At-Tirmidzy, hadits nombor 2510. Dia menyatakan, ini hadits hasan shahih, Ahmad 2/287, Al-Hakim 1/346, dishahihkan Adz-Dzahaby)
“Syukran ya Rabb.Ana turut gembira sekrang anta lebih baik dari dahulu.. setiap yg terjadi itu,sekalipun pertemuan manusia dengan seekor semut dipadang pasir yg seluas lautan,ia masih lagi dalam percaturan Allah s.w.t..”
“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)
“Samalah dengan masalah, dugaan, cubaan, yg datang menziarahi diri manusia itu adalah kerana menguji sejauh manakah iman dihati mereka..”
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2- 3)
“Mana mungkin ana tahu betapa manisnya madu jika ana tidak pernah merasa pahitnya hempedu, mana mungkin ana akan tahu betapa nikmatnya hujan jika ana tidak pernah merasa betapa sengsara panasnya mentari, mana mungkin ana kan tahu betapa besarnya nilai seringgit jika ana tidak pernah membanting keringat demi wang bagi menampung kehidupan utk sepinggan nasi, mana mungkin ana akan tahu betapa enaknya secubit nasi jika ana tidak pernah merasa seksanya mengikat perut.. “
“semua yang terjadi,membentuk peribadi mulia anta sekarang..tanpa ujian dan dugaan tersebut, anta tidak mungkin berada dijalan dakwah islam mentarbiah anak-anak muda yg bermasalah sekarang..”
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Al-Insyirah: 5-6)
"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."
seandainya tiada nyala api disebelahku tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium..
.
anakku
tahukah engkau
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
bergelut dgn kudrat dan nyawa
namun ibu bangga
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
anakku
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
belajar bercakap,
merenget minta dibelai,
disuap nasi kemulut
hingga ibu lupa,
anak ibu tlh besar panjang pun
pejam celik-pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pegimu bukn erti kau bebas
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
ingat ank ku,
kita bukan org senang
ibu takde harta untk ditinggalkan
kecuali ilmu yg engkau ada
ibu dah bekalkan kau dgn agama
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh
tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu,
jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan
jgn ikut telatah rakan,
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali,
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila engkau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah
dan pasti ketika itu,
kita tidak lagi tinggal dirumah usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan
biarpun ibu disini masih bermain lumpur
bermandikan getah untuk menyaramu
tapi ibu berharap sangat janganlah siakan keringat ibu yang mengharap
tahukah engkau
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
bergelut dgn kudrat dan nyawa
namun ibu bangga
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
anakku
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
belajar bercakap,
merenget minta dibelai,
disuap nasi kemulut
hingga ibu lupa,
anak ibu tlh besar panjang pun
pejam celik-pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pegimu bukn erti kau bebas
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
ingat ank ku,
kita bukan org senang
ibu takde harta untk ditinggalkan
kecuali ilmu yg engkau ada
ibu dah bekalkan kau dgn agama
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh
tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu,
jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan
jgn ikut telatah rakan,
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali,
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila engkau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah
dan pasti ketika itu,
kita tidak lagi tinggal dirumah usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan
biarpun ibu disini masih bermain lumpur
bermandikan getah untuk menyaramu
tapi ibu berharap sangat janganlah siakan keringat ibu yang mengharap
(bersambung...)
Subscribe to:
Posts (Atom)