adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Showing posts with label CINTA DALAM ISLAM. Show all posts
Showing posts with label CINTA DALAM ISLAM. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Siri XV
Kesulitan dan kenangan



Firman Allah s.w.t.: “Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”(Surah al-Ankabut: 2)


"BILA DIUJI dengan sakit baru tahu tahap KESABARAN HATI,
Bila diuji dengan KEMISKINAN & KESUSAHAN baru tahu keteguhan amalmu,

BILA DIUJI dengan kemewahan pangkat atau harta

baru dapat tahu TAHAP kesyukuranmu dan KEMANA NIKMAT diberikan padamu dibelanjakan..

BILA DIUJI dengan wanita dan kesenangan baru dapat tahu SEJAUH MANA
kamu dapat mengawal nafsu , menjaga iman,akhlak,islam dan agamamu..

Bila diuji dengan pujian atau fitnah baru tahu keaslian amalamu


seMakin tinggi imanmu,SEMAKIN tinggilah ujian yang singgah diJENDELA hidupmu..

Apabila DIUJI barulah diketahui APAKAH HATI itu telah benar- benar yakin (beriman) ataupun masih lagi RAPUH umpama sebatang kayu yang dimakan anai-anai?"



“You are project manager; I’m advisor for this project. I don’t want to hear any problem! Do you understand!” lantang suara En Moyeedin kepada Zaid. Semua pekerja tercengang melihat Zaid dimarahi.

Hmm… Allahu robbi…bisik hati Zaid…mengumpul sisa-sisa kekuatan yang ada agar dapat terus tenang menjawab persoalan En Moyeedin selaku CEO Kilang… kepenatan dari pagi tadi dengan pelbagai karenah untuk hari pertama pelancaran “ Manufacturing&Production System” di kilang masih lagi belum reda..Ditambah pula masalah kena bertanggungjawab dengan kelemahan management jabatan lain dalam teamwork.

“Yes I do, but this is their department procedure. Kita satu team, semua harus memainkan peranan -Berkerjasama. I can’t do anything without their cooperation among themselves.”

En Moyeedin menarik tangan zaid dan keluar dari pejabat operasi dan menyambung lagi bahasnya.. Zaid tidak lagi dapat tangkap apa diujarkan CEOnya itu kerana fikiran telah bercelaru.. Hanya mendiamkan diri..Dan mengangukkan kepala dan menarik nafas panjang….


Ok En Moyeedin, As the countermeasure.. I’ll ask them to prepare item listing for production, and make sure they can release the part by today.

En Khairul tolong sediakan list production, pastu bagi pada En amin ok
.Ade-ade saya pergi ambil kat atas kejap.

Stephen, nanti tolong sediakan listing kenapa system error.
Muiz , tolong tengok computer kat production, xde network lah.

Ok bos. Ujar Muiz (Praktikal Student)

Setelah memastikan semua operasi berjalan lancar.. Zaid merebahkan dirinya diatas kerusi merah, yang disediakan untuknya dipenjuru cabinet. Zaid memejamkan mata, menenangkan seluruh tubuh dan fikiran yang kepenatan..Teringat akan muslimah Safiah, pelajar ilmu tauhid disebuah university di kuala lumpur.

Maaf Zaid, fiah dah discuss dengan abi secara khusus kenapa dia xbagi nikah mase belajar.. umi xkisah..rupanya abi nk menantunya dari Kelantan sahaja. Fiah syukur sangat jika dapat suami seperti Zaid. Tapi dalam masa yang sama ..Fiah harus mengharapkan keredhaan kedua ibu bapa fiah. Maaf tidak dapat memberikan yang terbaik buat Zaid.. harap kita dapat jadi kawan lagi”

“Tidak mengapalah Fiah… insyallah…. Salam alaik.. “
“Maaf…”

.....


“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan.
Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta..
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Kata - kata ustaz Fadzil Amri dalam takzirah ramadhan solat zuhur tadi diamati zaid.

"Jika hari -hari yang mendatang, hidup kita baik-baik aja, masalah takde..rezeki cukup, kebahagian ada, anak bini semua bagus...badan tak sakit, kiranya semuanya molek belaka.. ITU tanda IMAN kita ada masalah.

Yang Tak sakit itu Firaun je, paham dok.. Makhluk yang dibenci Allah

hebatnya IMAN para sahabat nabi... bila hidup mereka baik-baik sahaja... mereka risau.. menangis... kerana orang yang HIDUPNYA tidak diuji...tanda ia jauh dari ILLAHI.."


Alhamdulillah,dapat aku kekal solat jemaah harinie.. Seusai mengambil wudhuk teringat akan ceramah ust. Azhar idrus akan manfaat wudhuk ketika dipadang mashar.

(bersambung)

Saturday, January 14, 2012

Siri XIV
Butiran tasbih di Sejadah usang




AKU insan berdosa,
AKU insan yang terleka dengan dunia,
AKU insan yang tewas dengan manuskrip ciptaan iblis...


DEMI kemuliaan Allah yang maha Pengasih dan Penyayang,
yang sentiasa sedia,
Memayungi JIWA insani yang terlena,

yang sentiasa sedia,
MENYIRAMI jiwa insani yang berlumuran DEBU-DEBU kelalaian dunia,

yang sentiasa sedia,
 menyelimuti jiwa insani yang mendambakan cahayanya dan
jiwa insani yang rindukan pelukan HIDAYAHNYA...

ya ALLAH,
SERUlah hatiku...
aku insan yang ingin  CUBA rindu pada mu,

BANTULAH diriku,
TARBIAHkanlah hatiku,
BANGKITKAN ImanKu

TEGUH DAN TETAP JIWAKU PADA JALAN-JALAN KEBENARANMU

AKU insan yang lemah,
yang sentiasa lemas dalam Falsafah Kehidupan
yang sentiasa mengharap ReDha dan KASIHMU ya Rabb..

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” 


MANIK - MANIK salju berlinangan membasahi pipi zaid mengalir tenang ketelapak tanggannya, dikeheningan malam yang menyelubungi, disaat unggas dan cenggkerik mula berbicara, burung – burung bernyanyi sayu menghiasi kesunyian malam...

SEJADAH USANG itu ditenung sedalam-dalamnya, lantas membuka tirai imbauan suatu ingatan Zaid tentang seseorang yang bernama muslimah...tentang seorang tua...tentang seorang pemuda...tentang seorang wanita India... Tentang musibah dan tentang kehidupan... kehidupan yang menjergah terasa semakin ganjil... Seakan – akan suatu drama dan pentas lakonan yang secara langsung terjadi dihadapanku... aneh, hidupku semakin dikunjungi trajedi aneh..



"bila hati berbunga iman,
jalan kehidupan bersuluh redhaNYA
Apabila Tahajud  berkunjung Airmata ,
ku pohon langkah Pedoman
ku pohon bangkitkan  JIWA yang  terlena
agar terbuka HIDAYAH yang terhijab DOSA"


Allah sedang menguji aku? atau Allah sedang menguji mereka melalui aku?
Kehidupan sedang berbicara denganku.... kehidupan sedang membuka tirai hatiku mengenai sesuatu yang aku sendiri kurang pasti...



"belajar untuk ke syurga.. harap kasihNYA..mengatur lngkah dipersisiran hidup yang berkelana..Moga terus dipimpin cahayaNYA."

Pak Yai membetulkan posisinya, memandang kearah kedamaian senja yang bertasbih. Pak Yai mengakhiri usrah kami dengan kata motivasi rohani, seakan -akan meninggalkan pesanan terakhir untuk kami semua.


مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ
Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tida seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at Tirmidzi dan lainnya)


 "  Diketika kaki melangkah menyusuri jalan-jalan yang berliku,menempuhi onak-duri dugaan dunia..kekadang tersungkur dan terjatuh tika dihempas ombak ujian yang dirasakan sangat berat untuk ditempuhi...semakin kaki cuba gagah berlari dan melangkah, 
kian terasa berat kaki melangkah dan semakin parah luka dihati..
disaat ketika kita sedari kaki ini telah melangkah jauh kearah jalan yang dimurkai Allah s.w.t.. 

terasa sukar untuk berpaling dan mencari jalan pulang,
dari waktu-waktu yang berlalu,semakin jauh kaki ini melangkah ........ 
jalan pulang semakin kabur dan hilang dari pandangan.... malu untuk menoleh kebelakang melihat jejak-jejak dosa,khilafan,kealpaan dan kejahilan,tambahan pula tanggungjawab terhadap suruhan Allah s.w.t.. yang telah lama ditinggalkan.. 
hati yang telah lama sepi dengan tangisan taubat,tangan yang telah lama tidak menadah kehambaan kepada tuhan,lidah yang telah kelu dengan zikirullah dan kalamullah.."



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
 “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.

Angin yang berderu menerbangkan segala keresahan dan singgah membawa rahmat dan rasa Syukur kepadaNYA... SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR...





(Masuk waktu Zuhur,hari pertama praktikal) 
ZAid mencari-cari surau didalam tempat kerjanya, 
Assalamualaikum bang, surau kat mana? 
Pkerja baru ye? 
Eh xla,saya praktikal student.. baru je Masuk.. 
kiblat ni kat mane?.
 (BERSAMBUNG...)




Monday, April 19, 2010

[KETENANGAN JIWA] : Ana dari Madrasah atap Nipah XIII
KeRingat ibu demi sepinggan Nasi


“Assalamualaikum abang, siti nak minta tolong boleh tak? Xcukup duit nk bayar duit exam, kalau xbayar xboleh ambil exam.. Mak ngan abah xde duit..”

“bro zaid, awat? Siapa yang telipon?”

“adik ana”

“dia xcukup duit.. banyak habis untuk menyiapkan projek tahun akhirnya..”

“Bro zaid, ade duit ke? Kalu xde, ana boleh pinjamkan dahulu”

“Syukran ya sufian, alhamdulillah ana masih lagi ada wang simpanan”
“ana ni bukanlah orang senang sufian, perlu berjimat cermat dalam berbelanja, sungguh ana datang belajar disini dengan duit bantuan adik beradikku, saudara mara, dan juga duit tabung hari tua ibuku...”
“Penat jerih ayahku mengumpul duit, keringat ibuku yg dek panas Bara api dapur kayu membakar kueh setiap kali menerima tempahan”

Aku bersyukur dengan kekurangan yang mendidik hati dan jiwaku…
Kerana kekurangan ini aku belajar untuk menghargai,
Kerana kekurangan ini aku belajar makna sebuah kasih sayang seorang ibu
aku bisa menangis keranaNYA,
Kerana kekurangan ini aku mengenal tuhan, dan cintaNYA
aku faham tidak semua orang sempurna
Kerana kekurangan ini aku belajar erti pengorbanan
Aku belajar untuk mengutip lemparan ketabahan
Aku belajar untuk menjahit layar dugaan dengan keimanan
Kerana kekurangan ini aku telah belajar erti kehidupan dan terus melangkah dengan pengharapan pada Tuhan.....


“ana sedih melihat ibuku, begitu susah, sedaya upaya menyediakan kami selengkapnya..
Ibuku sanggup makan nasi putih berlaukkan dengan garam semata-mata memastikan kami dapat makan yang lebih sempurna.”

“Tiada siapa yang tahu keperitan hidup kami, hanya pada Allah kami sujud menyembah memohon rezeki untuk hari esok”

“Kalau dapat makan ikan, ketika waktu kami begitu tiada wang.. Ayahku dah pencen, duit pencen berapalah sangat utk menampung hidup kami… ibuku memberikan alas an, bahawa dia tidak lapar, makan ikan kering dah cukup…Kami adik beradik sangat terharu dengan pengorbanan kasih sayangnya kepada anak-anaknya...”


ana orang susah, rumah papan yg semakin dimakan anai-anai itu hanya menunggu waktu untuk tumbang menyembah bumi.. Waktu kecil masih tergiang-giang dimemoriku, ayah menghantar ana dengan basikal tua, di waktu hujan lebat menyimbah kami.. Ayahku membiarkan dirinya basah.. bagi melindungi baju sekolah dan kasut putih aku..”

“Sehingga mati pun belum tentu ana dapat membalas jasa mereka..”


“Ana menangis sendirian terkenang jasa kerana ibu ayah, ana mampu belajar dimenara gading. Ana disini bukan kerana Ana seorang yg bijak pandai,tapi kerana doa ibu ayah yang tak putus-putus berdoa kejayaan kami adik beradik”


ana disini membawa harapan ibu ayah yg mengharap kejayaan seorang anaknya,
ana disini kerana penat lelah ibu ayah ku yang membanting keringat demi menampungku,
ana disini membawa segalas airmata ibu ayah,
ana disini kerana ibu ku sanggup makan berlaukan garam, mengadap diri dengan bahang api dapur kayu utk menjual kueh bagi menyediakan makan minum kami sekeluarga,
ana disini membawa kasih sayang mereka…
ana disini kerana mereka semua yang berkorban untuk kejayaanku


ana banyak dosa dengan mereka..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku..
Kasihinya sepertimana mereka mengasihiku, kurniakanlah kekuatan bg mereka sepertimana ia membanting keringat kekuatannya untuk ku.


Sebab itulah hatiku ini sangat rasa bersalah,dosa yang ana lakukan dulu tika ana lalai dan tersasar dari jalanNYA, jika diketahui oleh mereka,Ya Allah sudah pasti hancurlah segala harapan dan pergorbanan mereka terhadapku….

“bro zaid,kan anta dah berubah,. Yang berlalu..Biarkan terus berlalu...Dan masa yg ada sekarang manfaatlah sebaik-baiknya…”


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankaabut: 2-3)

“Alhamdulillah, Allah masih lagi mengasihi ana dijalannya, masih lagi berkehendakkan ana utk berbakti dijalannya selain menjadikan amal kebaikan sebagai kafarah menghapus dosa-dosa yang lalu...


Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahanpun". (Isnadnya Hasan, ditakhrij At-Tirmidzy, hadits nombor 2510. Dia menyatakan, ini hadits hasan shahih, Ahmad 2/287, Al-Hakim 1/346, dishahihkan Adz-Dzahaby)


“Syukran ya Rabb.Ana turut gembira sekrang anta lebih baik dari dahulu.. setiap yg terjadi itu,sekalipun pertemuan manusia dengan seekor semut dipadang pasir yg seluas lautan,ia masih lagi dalam percaturan Allah s.w.t..”



“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)

“Samalah dengan masalah, dugaan, cubaan, yg datang menziarahi diri manusia itu adalah kerana menguji sejauh manakah iman dihati mereka..”


Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2- 3)


Mana mungkin ana tahu betapa manisnya madu jika ana tidak pernah merasa pahitnya hempedu, mana mungkin ana akan tahu betapa nikmatnya hujan jika ana tidak pernah merasa betapa sengsara panasnya mentari, mana mungkin ana kan tahu betapa besarnya nilai seringgit jika ana tidak pernah membanting keringat demi wang bagi menampung kehidupan utk sepinggan nasi, mana mungkin ana akan tahu betapa enaknya secubit nasi jika ana tidak pernah merasa seksanya mengikat perut.. “


“semua yang terjadi,membentuk peribadi mulia anta sekarang..tanpa ujian dan dugaan tersebut, anta tidak mungkin berada dijalan dakwah islam mentarbiah anak-anak muda yg bermasalah sekarang..”


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

(Al-Insyirah: 5-6)

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."

seandainya tiada nyala api disebelahku tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium..

anakku 
tahukah engkau
 
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
 
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
 
bergelut dgn kudrat dan nyawa
 
namun ibu bangga
 
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
 
anakku
 
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
 
meriba,dan menyusuimu
 
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
 
belajar bercakap,
 
merenget minta dibelai,
 
disuap nasi kemulut
 
hingga ibu lupa,
 
anak ibu tlh besar panjang pun
 
pejam celik-pejam celik
 
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
 
dan ingatlah anakku sayang
 
pegimu bukn erti kau bebas
 
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
 
ingat ank ku,
 
kita bukan org senang
 
ibu takde harta untk ditinggalkan
 
kecuali ilmu yg engkau ada
 
ibu dah
 bekalkan kau dgn agama 
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh
 


tinggalkan apa yg ditegah
 
pesan ibu,
 
jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan 
jgn ikut telatah rakan,
 
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
 
dan ketika ia kembali,
 
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
 
betapa ringannya bebanan
 
bila engkau datang
 membantu adik-adik yang masih bersekolah 

dan pasti ketika itu,
 
kita tidak lagi tinggal
 dirumah usang 
biarpun masanya masih panjang lagi
 
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan
 

biarpun
 ibu disini masih bermain lumpur 
bermandikan getah untuk menyaramu
 
tapi ibu berharap sangat
 janganlah siakan keringat ibu yang mengharap 







(bersambung...)
.

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online