adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Tuesday, December 29, 2009

Adakah kita telah mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya..Kerana jika kita tidak dicintai oleh Yang menciptakan kita, maka sudah tentu kita dalam kerugian yang amat sangat, Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah- wahai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang," (ali-lmran: 31)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua - hai penghuni-penghuni langit - si Fulan itu. Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)Apabila cinta manusia melebihi cinta kepada Allah yang menimpa hanyalah musibah,yang diharapkan hanya penipuan,yang terlena-terleka-terpedaya,dengan apa?dengan menggunakan alasan bercinta atas dasar agama? Jangan halalkan yang haram, jangan gunakan alasan atas dasar islam jika cinta itu hanya indah khabar dari rupa..Kurangkan berhubung banyakkan ingat kepada Allah.LA TAHZAN! Jika ia benar milikmu, takkan kemana gunung dikejar.Ingatkan lagu nasyid tue.

" Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu untuk siapa?,jangan mudah melafaz sayang,sayang itu untuk siapa?"

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah.

Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bila takda mesej lagha maka akan kuranglah bermesej-mesej. Maka kuranglah zina hati itu.Mesej untuk peringatan dan bertanya khabar takda masalah.

“NAK BERCINTA? -bercintalah jangan sampai melupakan Allah.”Tapis sms tue.. jaga hati bila nk bermesej,CALL?tak perlulah,suara wanita itu aurat nanti hanya menambahkan titik jerumus ke arah zina hati dan sebagainya.Jika benar-benar sayang dan kasih kerana Allah minta pasangan mengikat ikatan dengan tali tunangan atau &perkahwinan.


"Tidak perlu lama-lama bercinta, berjumpa, berdating-dating, bermesej-mesej menda yang tidak berfaedah, berbual lama-lama hingga habis kredit, TAMBAH DOSA!”Tudung labuh yang dipakai ini bukan sekadar suka-suka..

(bersambung...)

2 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

salamun 'alaik~

“NAK BERCINTA? -bercintalah jangan sampai melupakan Allah.

maksudnye bolehkah??? (as long as we're 'over in it')

”Tapis sms tue.. jaga hati bila nk bermesej,CALL?tak perlulah,suara wanita itu aurat nanti hanya menambahkan titik jerumus ke arah zina hati dan sebagainya.

setuju2~ sms??xley tapis..so elak lg bagus

Jika benar-benar sayang dan kasih kerana Allah minta pasangan mengikat ikatan dengan tali tunangan atau &perkahwinan.

betul2~ even da tunang pun kena jaga adab juga..so...kawin trus r... (=

*hya pndpt smata2~*

Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak said...

salam..

aiwa.. ana setuju.

Jalan yang halal untuk kita adalah perkahwinan..
Andai ukhwah itu terjalin atas dasar agama,Disitulah terpupuknya institusi rumahtangga yang utuh dan kukuh.

Insyallah pasti bahagia,andai semua itu kerana Allah..

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online