adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Saturday, January 16, 2010


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?
Apa khabar rohani anda hari ini?
Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?

Ana mahu kongsikan dengan antum mengenai topik baru diblog ana http://dphotoku.blogspot.com iaitu bertajuk "Tinta dan Ilham",ianya adalah mengenai pengaitan lirik lagu nasyid dengan sebuah kisah kehidupan berdasarkan perspektif ana yang daif ini. Lirik lagu pilihan kali ini adalah,lagu bertajuk " Mentari Hidup " ,Munsyid: Haikal..

Diketika kaki melangkah menyusuri jalan-jalan yang berliku,menempuhi onak-duri dugaan dunia..kekadang tersungkur dan terjatuh tika dihempas ombak ujian yang dirasakan sangat berat untuk ditempuhi...semakin kaki cuba gagah berlari dan melangkah, kian terasa berat kaki melangkah dan semakin parah luka dihati..


"Kala senja itu tiba Kutermenung sendirian, Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan,Dosa yang aku lakukan Menerjah ruang fikiran ,Masihkah ada untukku keampunan"

disaat ketika kita sedari kaki ini telah melangkah jauh kearah jalan yang dimurkai Allah s.w.t.. terasa sukar untuk berpaling dan mencari jalan pulang,dari waktu-waktu yang berlalu,semakin jauh kaki ini melangkah ........ jalan pulang semakin kabur dan hilang dari pandangan.... malu untuk menoleh kebelakang melihat jejak-jejak dosa,khilafan,kealpaan dan kejahilan,tambahan pula tanggungjawab terhadap suruhan Allah s.w.t.. yang telah lama ditinggalkan.. hati yang telah lama sepi dengan tangisan taubat,tangan yang telah lama tidak menadah kehambaan kepada tuhan,lidah yang telah kelu dengan zikirullah dan kalamullah..

dengan segunung dosa,terasa berat bahu memikul..dan kita menyedari bahawa kita sudah jauh tersasar,sudah jauh dari rahmat tuhan,sudah tiada ertinya lagi untuk menangis,menatapi kegelapan yang menyelubungi...

"Gelap rasa dunia ini, Tanpa cahaya Ilahi, Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui,Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan"

dan terfikir disegenap hati terluka,adakah masih ada sinar cahaya untuk diriku?Hati yang mati dibawa menempuhi pengajaran kehidupan,menambahkan keparahan dihati yang terluka.


"Dalam kegelapan itu, Terbit cahaya dari-Mu,Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran"

terbitlah cahaya dihati,menginsafi diri,menuju jalan syurga Allah...terasa jijik dan hina untuk menadah tangan memohon keampunan yang maha Esa.. Tiada teman untuk membimbing,tiada siapa untuk bertanya....dan lalu terus melangkah didalam kegelapan dengan mata yang tertutup dengan niat untuk mencari jalan pulang....

"Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu,Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri,Mohon keampunan"


Andailah sahabat-sahabat mengalami masalah hati,dan punya keinginan untuk kembali pada yang HAQ,kembali pada landasan yang diredhai Allah,jalan jihad para syuhada.. Kembali semula pada memuhasabah hati,memuhasabah diri,dan memuhasabah perjalanan hidup kita.. Apakah yang telah dilakukan sekian lama? Setelah terlena sekian lama bermimpikan keindahan dunia semata,lantas tersedar kerana kasih sayang Allah pada kita... Janganlah bimbang,janganlah susah hati " kita adalah umat yang terbaik yang diciptakan Allah s.w.t.." Kata-kata ini membuktikan kita menjadi yang terbaik. Andailah kata dosa yang dilakukan susah tidak dikira banyaknya, usahlah khuatir "kasih sayang Allah meliputi langit dan bumi,malahan meliputi seluruh alam semesta ini"

Teringat ana pada kisah seorang hamba Allah pada zaman kenabian sebelum nabi s.a.w.. Hamba Allah s.w.t. ini melakukan dosa lalu ia pergi berjumpa dengan nabi (Nabi pada zaman itu) lalu meminta agar nabi a.s. memohon kepada Allah s.w.t. agar dosa-dosanya diampunkan dan taubatnya diterima..
Lalu tidak beberapa lama kemudian,Hamba Allah ini kembali kepada nabi a.s. lalu meminta agar nabi itu memohon kepada Allah s.w.t. agar mengampunkan dosanya dan menerima taubatnya kerana hamba Allah ini telah melakukan kesalahan itu lagi... dan begitulah seterusnya,berulang kali berjumpa nabi tersebut dan meminta nabi itu melakukan perkara yang sama setiap kali dia melakukan dosa yang sama.

lalu Allah s.w.t.. meminta agar nabi a.s. menegur perbuatan hamba Allah tersebut,taubatnya tidak ISTIQAMAH..

Dipanggilnya hamba Allah ini oleh nabi a.s.. lalu diberikan peringatan dan lalu dinyatakan Allah s.w.t.. memurkai perbuatannya.

Menangislah hamba Allah ini sepanjang ia berjalan,lalu ia mengangkat tangan dan memohon pada Allah s.w.t.. " wahai tuhanku sudah habiskan rahmat dan kasih sayangmu untuk mengampuni dosa-dosaku?"
Keesokkan harinya,hamba Allah ini dipanggil lagi oleh Nabi tersebut,lalu baginda menyampaikan pesanan Allah s.w.t. pada hamba Allah tersebut.. "Sesungguhnya rahmat,kasih sayang Allah meliputi langit dan bumi dan seluruh Alam ciptaanya,andaikata dosamu sebesar gunung sekalipun sudah tentu Allah s.w.t akan mengampunkannya selagimana engkau memohon padaNYA"



"Wahai Yang Maha Pengasih Bantulah hamba-Mu ini Yang kian terumbang-ambing Di dalam arus duniawi Kuberdoa kepada-Mu Memohon limpah rahmat-Mu Mentari hidupku kan bersinar kembali"

untuk mengubat hati yang parah dan mencari jalan pulang, menangislah tika sujud menyembah ilahi,menangislah tika mengenang dosa-dosa yang dilakukan,rasakan kehinaan sebagai seorang hamba, HIDUPKU,HATIKU,JIHADKU,DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH.. tetapkanlah dihati matlamat kehidupan yang hakiki adalah kehidupan selepas kematian.. dan INGATLAH, rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas,dan Allah s.w.t.. sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNYA,kembalilah kepada jalan yang HAQ,pulanglah kejalan yang diredhai Allah,jalan pulang itu masih terbuka sehinggalah jasad itu berpisah dengan roh.
Dan ingatlah hidayah itu bukan milik ana atau antum,bukanlah milik wali mahupun ustaz, ia juga bukan milik malaikat mahupun nabi,TAPI ia adalah milik Allah...dan Allah s.w.t.. yang menentukan siapakah pemilik hidayahNYA...

Thursday, January 14, 2010


This hijab..This mark of piety,

is an act of faith,a symbol,

for all the world to see.

A simple cloth, to protect our dignity!

Ia lambang maruah kita! Lambang Kesucian kita! Lambang kepercayaan kita terhadap syariat yang dituntut oleh agama! - perbualan nur dan hajar terhenti disitu..hajar terus membisu tanpa kata...

…………………


“Sufyan: hal ‘anta Taalib fii al-jaami’a?

Zaid: na’am. ‘anaa fii as-sana al-’uulaa. wa ‘anta?

Sufyan: ‘anaa fii as-sana al-uulaa ‘ayDan!

Zaid: mumtaaz! hal ‘anta fii binaayat al-jaami’a?

Sufyan: na’am. ‘anaa fii binaayat ‘abdullah.

Zaid: ‘anaa fii binaayat fayruz.

Sufyan: ‘ilaa al-liqaa’.

Zaid: ‘ilaa al-liqaa’.”


Bro zaid? Kena anta tersenyum tertiba ni?

Sufyan,ana Cuma teringat kali pertama kita bertemu..Alhamdulillah dapat teman seperti anta..



“Sahabatku telah Allah tentukan pertemuan kita, telah Allah takdirkan seorang sahabat yang baik untukku, untuk agamaku, untuk hidupku, engkau nasihatiku disaatku tersilap,engkau bimbingku dimasaku tersasar,engkau berikankanku sokongan disaatku tersungkur,engkau

bersamaku tikaku sendirian,dan kerana engkau katakan semuanya kerana Allah...”



Ting..ting… ting….“Assalamualaikum En zaid” - “waalaikumsalam” balas zaid.. “saya Abdullah ahmedul karim dari syarikat al-Qawaeer cawangan Malaysia,pemohonan tajaan untuk En zaid menyertai program pertukaran pelajar Universiti Teknologi Kashmir (UTK) di Dubai telah diluluskan,sila hantar jawapan pengesahan program dengan kadar segera” – “terima kasih”.


Alhamdulillah,ya Allah engkau yang memberikan rezeki kepada semua makhluk didunia. Kasihmu padaku,rezekiMU padaku,belas kasihanMU padaku tidak pernah kurang walaupun aku banyak melakukan dosa kepadaMu ya Allah..Tamakkah aku untuk terus berdoa padaMU, tamakkah aku untuk menikmati rahmatMu, tamakkah aku memohon agar engkau terus memberikanku nikmat iman dan islam padaku… ya Allah… Aku malu padaMU….malu untuk terus mendadah tangan…



“Assalamualaikum zaid, saya dengar zaid akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, betul ke?

Nur sekadar nak tahu, zaid tak cakap pun tak mengapa…”


“Waalaikumsalam nur alwani nadirah, maaf dah lama tidak memberikan khabar berita pada nur....Saya jarang buka YM sekarang, agak sibuk dengan program pertukaran pelajar UTK… err…r… insyallah, kalau diizinkan Allah sebelum berangkat ke Kashmir kami akan disatukan... Maaf nur, lagipun kita jarang punya kesempatan untuk berbicara seperti ini… Mata orang melihat nur, bimbang saya dengan fitnah yang mungkin timbul... Lebih –lebih lagi nur akan menjadi milik orang tak lama lagi, milik seorang lelaki yang bernama suami...”



“Mulut orang nur, mulut tempayan kita boleh tutup…..”


“Zaid, boleh nur tanya sesuatu? Zaid jawab dengar jujur ok?”


“Tanya apa nur?”


(bersambung...)


Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online