adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Sunday, August 5, 2012
Bila diuji dengan KEMISKINAN & KESUSAHAN baru tahu keteguhan amalmu,

Alhamdulillah,dapat aku kekal solat jemaah harinie.. Seusai mengambil wudhuk teringat akan ceramah ust. Azhar idrus akan manfaat wudhuk ketika dipadang mashar.
Labels: Adab, akhlak, CINTA DALAM ISLAM, HADITH, ISLAM, MOTIVASI DIRI, NOVEL TASAWUF, sedekah, Selayang Pandang, SUFI, tangisan seorang imam
Saturday, January 14, 2012
Siri XIV
Butiran tasbih di Sejadah usang
yang sentiasa sedia,
menyelimuti jiwa insani yang mendambakan cahayanya dan
jiwa insani yang rindukan pelukan HIDAYAHNYA...
BANGKITKAN ImanKu
yang sentiasa mengharap ReDha dan KASIHMU ya Rabb..”
Pak Yai membetulkan posisinya, memandang kearah kedamaian senja yang bertasbih. Pak Yai mengakhiri usrah kami dengan kata motivasi rohani, seakan -akan meninggalkan pesanan terakhir untuk kami semua.
ZAid mencari-cari surau didalam tempat kerjanya,
Labels: Adab, akhlak, CINTA DALAM ISLAM, HADITH, ISLAM, MOTIVASI DIRI, NOVEL TASAWUF, sedekah, Selayang Pandang, SUFI, tangisan seorang imam
Friday, April 16, 2010
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?
Apa khabar rohani anda hari ini?
Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?
Diketika kaki melangkah menyusuri jalan-jalan yang berliku,menempuhi onak-duri dugaan dunia..kekadang tersungkur dan terjatuh tika dihempas ombak ujian yang dirasakan sangat berat untuk ditempuhi...semakin kaki cuba gagah berlari dan melangkah, kian terasa berat kaki melangkah dan semakin parah luka dihati..

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.


What will happen today if Allah close our heart from the light of goodness and iman because yesterday we forgot to remember him?
Jika pada waktu solat zuhur kita dipilih Allah untuk sujud berjemaah dimasjid,berdoalah pada Allah supaya memilih kita untuk sujud padanya pada waktu asar nanti..
dan seterusnya,setiap waktu yg berlalu doakan setiap detik agar Allah memilih kita untuk melakukan kebaikan..
Dan ingatlah hidayah itu bukan milik ana atau antum,bukanlah milik wali mahupun ustaz, ia juga bukan milik malaikat mahupun nabi,TAPI ia adalah milik Allah...dan Allah s.w.t.. yang menentukan siapakah pemilik hidayahNYA...
Saturday, January 16, 2010
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

disaat ketika kita sedari kaki ini telah melangkah jauh kearah jalan yang dimurkai Allah s.w.t.. terasa sukar untuk berpaling dan mencari jalan pulang,dari waktu-waktu yang berlalu,semakin jauh kaki ini melangkah ........ jalan pulang semakin kabur dan hilang dari pandangan.... malu untuk menoleh kebelakang melihat jejak-jejak dosa,khilafan,kealpaan dan kejahilan,tambahan pula tanggungjawab terhadap suruhan Allah s.w.t.. yang telah lama ditinggalkan.. hati yang telah lama sepi dengan tangisan taubat,tangan yang telah lama tidak menadah kehambaan kepada tuhan,lidah yang telah kelu dengan zikirullah dan kalamullah..

Jalan yang aku lalui,Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan"
dan terfikir disegenap hati terluka,adakah masih ada sinar cahaya untuk diriku?Hati yang mati dibawa menempuhi pengajaran kehidupan,menambahkan keparahan dihati yang terluka.

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran"
terbitlah cahaya dihati,menginsafi diri,menuju jalan syurga Allah...terasa jijik dan hina untuk menadah tangan memohon keampunan yang maha Esa.. Tiada teman untuk membimbing,tiada siapa untuk bertanya....dan lalu terus melangkah didalam kegelapan dengan mata yang tertutup dengan niat untuk mencari jalan pulang....
Andailah sahabat-sahabat mengalami masalah hati,dan punya keinginan untuk kembali pada yang HAQ,kembali pada landasan yang diredhai Allah,jalan jihad para syuhada.. Kembali semula pada memuhasabah hati,memuhasabah diri,dan memuhasabah perjalanan hidup kita.. Apakah yang telah dilakukan sekian lama? Setelah terlena sekian lama bermimpikan keindahan dunia semata,lantas tersedar kerana kasih sayang Allah pada kita... Janganlah bimbang,janganlah susah hati " kita adalah umat yang terbaik yang diciptakan Allah s.w.t.." Kata-kata ini membuktikan kita menjadi yang terbaik. Andailah kata dosa yang dilakukan susah tidak dikira banyaknya, usahlah khuatir "kasih sayang Allah meliputi langit dan bumi,malahan meliputi seluruh alam semesta ini"

Lalu tidak beberapa lama kemudian,Hamba Allah ini kembali kepada nabi a.s. lalu meminta agar nabi itu memohon kepada Allah s.w.t. agar mengampunkan dosanya dan menerima taubatnya kerana hamba Allah ini telah melakukan kesalahan itu lagi... dan begitulah seterusnya,berulang kali berjumpa nabi tersebut dan meminta nabi itu melakukan perkara yang sama setiap kali dia melakukan dosa yang sama.
lalu Allah s.w.t.. meminta agar nabi a.s. menegur perbuatan hamba Allah tersebut,taubatnya tidak ISTIQAMAH..
Dipanggilnya hamba Allah ini oleh nabi a.s.. lalu diberikan peringatan dan lalu dinyatakan Allah s.w.t.. memurkai perbuatannya.
Menangislah hamba Allah ini sepanjang ia berjalan,lalu ia mengangkat tangan dan memohon pada Allah s.w.t.. " wahai tuhanku sudah habiskan rahmat dan kasih sayangmu untuk mengampuni dosa-dosaku?"

untuk mengubat hati yang parah dan mencari jalan pulang, menangislah tika sujud menyembah ilahi,menangislah tika mengenang dosa-dosa yang dilakukan,rasakan kehinaan sebagai seorang hamba, HIDUPKU,HATIKU,JIHADKU,DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH.. tetapkanlah dihati matlamat kehidupan yang hakiki adalah kehidupan selepas kematian.. dan INGATLAH, rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas,dan Allah s.w.t.. sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNYA,kembalilah kepada jalan yang HAQ,pulanglah kejalan yang diredhai Allah,jalan pulang itu masih terbuka sehinggalah jasad itu berpisah dengan roh.

Labels: Selayang Pandang
Saturday, December 12, 2009
[Selayang Pandang] : KeranA SehElai HiJAb memBawa SeriBu perbezaAn
3 comments Posted by islamkan jiwaku at 6:45 AMTopik "Selayang pandang" adalah topik baru mengenai " a picture that desribes 1000 word"
dan ia juga merupakan perjalanan seorang anak seni bebas memperjuangkan karya seni dalam usaha dakwah melalui medium street & digital art.
http://dphotoku.blogspot.com
Ana nak kongsikan Petikan dari latest post "seorang pencinta seni menyusuri jalan daie" di http://dphotoku.blogspot.com.. (ziarah dan bg komen ye)
Berdasarkan firman Allah s.w.t..
(Surah Al-Ahzab : 59)
"KEMPEN JOM PAKAI TUDUNG"
“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
6.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
7.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
dan sebagainya yang mampu difikirkan oleh umat islam,kerana ianya tuntutan agama.
Allah SWT berfirman :

link blog ana yang lain juga perlu diziarahi,insya-Allah perkongsian bermanfaat itu anugerah Allah.. syukran.



Labels: Selayang Pandang