adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Monday, March 23, 2015

Penghapus Dosa


Lihatlah pada mereka yang SAKIT,
DAHULUnya mereka pernah SIHAT,

Lihatlah pada mereka yang TUA,
SUATU KETIKA dahulu mereka juga pernah MUDA,

Lihatlah pada mereka yang SIBUK
DAHULUnya mereka juga pernah terLUANG MASANYA,

dan lihatlah pada KUBUR ITU,
SUATU KETIKA PENGHUNINYA juga pernah HIDUP seperti KAMU...

LIHAT & RENUNG DIRI, KITA JUGA SUATU MASA NANTI AKAN MELALUI ITU SEMUA...





Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?


Sayanglah kiranya hati ini sunyi sepi ibarat tanah yang gersang tanpa setitis airmata, tandus tanpa dibajai dengan zikrullah &rosak tanpa kunjungan Rahmat Allah.. Ditambah pula akaun dosa yang semakin bertambah dan menggunung tinggi.

Alhamdulillah,syukran ya Rabb.. harini ana berkesempatan menghadiri kuliah maghrib yg disampai oleh Ustaz. Didalam kuliahnya ustaz ada menceritakan mengenai suatu kisah seorang hamba Allah dihari penghitungan amal, telah membawa amalan solehnya untuk ditimbang (amalan solat sunat,fardhu,sedekah,zakat,dll) telah dilhat oleh Allah s.w.t..

Namun seorang demi seorang dari hari penghitungan amal itu menuntut hak-hak mereka dari hamba Allah yg soleh ini. Tanpa disedari akibat dari mengumpat,fitnah,ghibah dll telah menyebabkan kesemua amalan baik hamba Allah ini kehabisan diberikan kepada orang yang menuntut hak mereka.

Pahalanya sudah habis,tetapi masih ramai lagi yang menuntut hak. Allah mengambil dosa-dosa orang yang menuntut hak lalu diberikan kepada Hamba Allah yg soleh ini.

Pahalanya sudah habis,dosa pula semakin bertambah dimuka pengadilan perhitungan amal.
Hamba Allah ini telah menjadi orang yang paling muflis diakhirat.. Kita pula bagaimana?



Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. ana berpeluang untuk meminjam sebuah Kitab dari Pepustakaan tempat ana belajar suatu ketika dahulu. Sebuah Kitab yang bertajuk " 40 Amal penghapus Dosa"..
Mari kita amalkan agar tidak menjadi orang yang paling muflis diakhirat..
Diantara amalan untuk menghapus dosa adalah seperti berikut :


1. BERTAQWA KEPADA ALLAH

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasanya" (At-talaq:5)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahnan kamu,serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)


2.MENGIKUT RASULULLAH SAW

"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Ali Imran:31)


3.MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya,kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil)kamu,dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" (An nisa : 31)

4.IMAN DAN AMAL SOLEH

"Dan ingatlah sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal didalam selama-lamanya,yang demikian itulah kemenangan yang besar." (At taghabun:9)


5. AMAL KEBAIKAN MENGHAPUS DOSA

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau mengerjakan perbuatan yang tidak baik,maka ikuti dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya."

6.MEMAAFKAN ORANG LAIN

"dan segeralah kamu kepada amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu,dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu orang yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yg menahan kemarahannya,dan orang-orang yg memaafkan kesalahan orang .Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yg berbuat perkara-perkara yang baik" (Ali Imran : 133-134)

7.MENYAYANGI BINATANG

"Tidaklah seorang muslim yang menuangkan gandum untuk makanan kudanya kemudian dia mengacaunya, melainkan Allah menulis baginya satu kebaikan untuk setiap biji gandum"

8.MUSIBAH MENGHAPUS DOSA

dari aisyah berkata Nabi s.a.w. bersabda

"tidak ada satu musibah pun yg menimpa seorang muslim kecuali Allah menghapus dengannya dosa-dosanya,sampai pada duri yg menusuk " (HR AL-BUKHARI)

DARI jabir bin abdullah diriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Ummu saib lalu berkata

"wahai ummu saib kenapa kamu merintih?Jawab ummu saib: "aku sedang deman,semoga Allah tidak memberkahi demam" Rasulullah bersabda "Jangan kamu mencela deman,kerana ia dapat menghilangkan dosa manusia sebagaimana pandai besi menghilangkan karat besi (HR MUSLIM)

9. AIR WUDUK DAN SOLAT MENGHANYUTKAN DOSA

dari abdullah bin mas'ud,dia berkata:"sesungguhnya ada seorang lelaki mencium wanita
(bkn isterinya) lalu ia datang kpd Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut,maka turunlah firman Allah

" dan dirikanlah sembahyang(wahai muhammad) dan engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi petang) dan pada waktu -waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. perintah -perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (HUD : 114)

MAka lelaki tadi berkata : "wahai Rasulullah,apakah ayat ini diperuntukkan bagiku?" jawab Rasulullah "bagi siapa sahaja dari umatku yang melakukannya (HR . Al Bukhari)



(Tinta Hati Jun 2012)

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online