adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Sunday, August 5, 2012
Bila diuji dengan KEMISKINAN & KESUSAHAN baru tahu keteguhan amalmu,

Alhamdulillah,dapat aku kekal solat jemaah harinie.. Seusai mengambil wudhuk teringat akan ceramah ust. Azhar idrus akan manfaat wudhuk ketika dipadang mashar.
Labels: Adab, akhlak, CINTA DALAM ISLAM, HADITH, ISLAM, MOTIVASI DIRI, NOVEL TASAWUF, sedekah, Selayang Pandang, SUFI, tangisan seorang imam
Saturday, January 14, 2012
Siri XIV
Butiran tasbih di Sejadah usang
yang sentiasa sedia,
menyelimuti jiwa insani yang mendambakan cahayanya dan
jiwa insani yang rindukan pelukan HIDAYAHNYA...
BANGKITKAN ImanKu
yang sentiasa mengharap ReDha dan KASIHMU ya Rabb..”
Pak Yai membetulkan posisinya, memandang kearah kedamaian senja yang bertasbih. Pak Yai mengakhiri usrah kami dengan kata motivasi rohani, seakan -akan meninggalkan pesanan terakhir untuk kami semua.
ZAid mencari-cari surau didalam tempat kerjanya,
Labels: Adab, akhlak, CINTA DALAM ISLAM, HADITH, ISLAM, MOTIVASI DIRI, NOVEL TASAWUF, sedekah, Selayang Pandang, SUFI, tangisan seorang imam
Tuesday, June 1, 2010
[Islamic Article ] Be Thankful for the Simple Things
4 comments Posted by islamkan jiwaku at 12:20 AM
Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan.Ana mahu kongsikan dengan antum mengenai sebuah article dari laman(http://www.turntoislam.com) yang membuatkan ana terfikir-fikir mengenai betapa kali ana mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah, nikmat yang kekadang kita tidak sedar bahwa ia adalah merupakan tanda kasih sayang Allah terhadap diri kita .. article yang bertajuk :

The sage then declared: “You have a great debt upon your shoulders. This great wealth you possess places demands on you. When are you going to show thanks? Instead, you complain that you want more. Your Lord is truly forgiving and generous.”
A person who is free from worry, secure in home and health, takes greater pleasure in food and drink and life in general. The simple everyday enjoyments are savored, like time spent with one’s spouse or children and in partaking of even the simplest meals. The happy atmosphere that comes from being relaxed, feeling safe, and having one’s health makes one’s enjoyments all the greater.

By contrast, if someone possesses a variety of food and drink and wealth in abundance, but lives in a constant state of fear, anxiety, and stress, what that person possesses will be of little real value. The same can be said for a person who is stricken with a serious physical or mental illness.

This is why the Prophet (peace be upon him) said:
It is a great blessing to have enough food, clothing, and shelter to satisfy one’s needs. There is nothing wrong with desiring more than that, as long as one seeks it by lawful means, since Allah apportions His bounty among His creatures as He pleases. Some people are better off being wealthy. If Allah gives them wealth, they spend a portion of it on the poor and needy. Moreover, they feel humble before Allah in recognition of what He has given them.

We should never forget that Allah provides us with our health, our minds, our food and drink, our children, our good appearances, our strength, our vitality in youth and our good sense. Many of us take these blessings for granted and fail to recognize them as Allah’s gifts. Only those whose hearts are alive with faith recognize the blessings in everyday things. Prophet Muhammad (peace be upon him) said:

We show our thanks to Allah for all of His blessings when we praise Him. Is it a small thing to have your health and strength? Is it a small thing to live assured of enough food and drink, a home to live in, clothes to wear, and the means to get around?

The water we drink, the air we breathe, the ears we hear with, the eyes that allow us to see, the minds we reason with, the hearts by which we feel –
We should make ourselves aware of this fact, thank Allah, and avoid ingratitude. When we show thanks for Allah’s blessings, they grow stronger in our lives. When we are ungrateful, those blessings abandon us. Allah tells us: “…proclaim the favor of your Lord.” [Sūrah al-Duhā: 11].
By
Sheikh Salman al-Oadah
__________________

All Praise belongs to Allaah, may His peace and blessings be upon our final Prophet Muhammad, his
family, his companions and all those who follow his guidance.
Saturday, April 19, 2008
ISLAM adalah agama yang sangat indah. Ia menggalakkan umatnya berbuat baik kepada sesiapa saja, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Bagaimanakah cara berbuat baik terhadap orang yang telah meninggal dunia itu? Antara cara yang dianjurkan oleh Islam ialah menziarahi tanah perkuburan mereka.
Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi tanah perkuburan sudah lama diamalkan, lebih-lebih lagi ketika menjelang hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.
Amalan menziarahi perkuburan sebaiknya diteruskan. Dengan berbuat demikian akan menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dengan ini akan membentuk jiwa kita agar tidak rakus dan tamak harta dunia.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim).
Di samping itu, ia akan mengingatkan mengenai asal usul kejadian kita. Daripada tanah kita diciptakan dan kepada tanahlah dikembalikan.
Di negara kita, amalan menziarah tanah perkuburan dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada lelaki atau perempuan; dewasa atau kanak-kanak.
Dalam hal ini, perkara yang perlu diketahui adalah adab ziarah kubur yang seharusnya diikuti dan diamalkan.
Antaranya, orang yang hendak menziarahi kubur itu disunatkan berwuduk terlebih dahulu, memakai pakaian yang bersih, sopan dan menutup aurat.
Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dahulu.
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya: “Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim).
Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.
Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.
Ketika menziarahi perkuburan, perlu meninggalkan segala larangan dan tegahan. Antaranya dilarang meratapi disebabkan oleh perasaan yang amat berduka cita di atas pemergian orang yang disayangi.
Rasulullah menegah perbuatan meratapi di atas kematian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak. Diriwayatkan daripada Mughirah bin Syu'bah bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu akan diseksa pada hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim).
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Mayat berasa terseksa dalam kuburnya kerana diratapi" (Hadis riwayat Muslim).
Kita juga dilarang bercakap-cakap mengenai perkara yang tidak berfaedah dan keji. Makruh jika kita duduk di atas kubur yakni duduk bertepatan dengan kedudukan mayat dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk di sekitar atau di sekeliling kubur.
Larangan duduk di atas kubur adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Seseorang yang duduk di atas bara api lalu terbakar pakaiannya hingga terkupas kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Muslim).
Selain itu, dilarang memijak kubur dengan sengaja tanpa sesuatu keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa.
Perlu diingat bahawa melakukan perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah seperti mencium kubur dan mengusap-usap tanah perkuburan adalah haram hukumnya.
Sebagai orang Islam, janganlah kita melakukan perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah.
Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya supaya saling hormat-menghormati sesama manusia dan tidak terkecuali dengan orang yang telah meninggal dunia. Kerana itulah Islam menganjurkan umatnya supaya menghormati ahli kubur serta menjaga kehormatan persekitaran kubur.
Labels: Adab






















