adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Sunday, December 16, 2012


"DATANG  pada tiap- tiap persoalan itu ada Jawabannya

Datang pada Tiap–Tiap Kesukaran itu ada kemudahannya
Datang pada tiap-tiap kebuntuan itu

 ada jalan keluar diisinya..."



KESENANGAN, Kejayaan, MUSIBAH, KErisauan, penyakit dan pelbagai urusan dunia yang datang Menyapa diJendela keHidupan kita, tidak mampu dihalang dari terjadi.. Namun apa yang paling penting adalah kita menyakini ia semua datang dari Allah bersama hikmah dan kita berserah diri kepada Allah agar memberikan kekuatan menghadapi ujian dunia.

Kita tidak mampu merubah apa yang terjadi disekeliling kita, namun kita mampu cuba merubah pandangan mata kita. Tukar cermin mata kita dengan CERMIN MATA IMAN & TAQWA, sentiasa SERVIS cermin mata hati kita dengan Zikirullah,Zuhud,berTawakal   dan  Yakin pada Qadha’  dan Qadar Allah.

"JOM KITA TUKAR CERMIN MATA HATI KITA, AGAR KITA BISA MELIHAT DUNIA DENGAN PANDANGAN HIKMAH BERDASARKAN AL-QURAN, AS-SUNNAH, KISAH-KISAH PARA NABI &  PARA SAHABATNYA."


Subhanallah, maha suci Allah yang memberikan pencerahan buat insan didalam kesulitan…
Assalamualaikum wbth, salam ukhwah buat semua teman.
Ana ingin sekali berkongsikan PETIKAN dari Kitab Minhaajul 'Aabidiin  Karangan IMAM AL-GHAZALI, mudah- mudahan ia bisa menjadi manfaat buat kalian semua. INSYALLAH..


Petikan Kitab Minhaajul ‘Aabidiin (Karangan IMAM AL-GHAZALI)
Bahagian 1 - Terjemahan ringkas bab 4 (HALANGAN)
Abu Muhammad mengatakan bahawa baginda berkata:
“Segala urusan dunia ini berlaku pada dua jenis orang, yakni orang yang bertawakal dan orang-orang yang terburu-buru”
Pada Pendapat Imam al-Ghazali, inilah kata-kata yang sarat dengan makna kerana orang yang terburu-buru itu sentiasa bercita-cita bahawa segala sesuatu hanya berdasarkan pada kekuatan yang sudah berlaku dan keberanian hati dan dia tidak perlu memerhatikan pada sesuatu yang akan memalingkannya atau kebimbangan yang dapat melemahkannya. Oleh itu berlakulah segala sesuatu (yang diluar perhitungannya)
Adapun orang yang tawakal, dia inginkan segala sesuatu dengan berdasarkan kekuatan, pemahaman yang mendalam, keyakinan yang sempurna kepada janji Allah dan kepercayaan penuh dengan jaminan-NYA. Dengan menanamkan sikap ini, dia tidak menoleh sedikit pun kepada seseorang yang memberikan ancaman kepadanya dan juga syaitan yang mengodanya. Dengan begitu, segala tujuan dan sesuatu yang dicarinya akan Berjaya diperolehinya.
Diceritakan bahawa ketika Mu’awiyah bin Abu sufyan melihat dua pasukan dalam Siffin, maka dia berkata “ Sesiapa inginkan kedudukan tinggi,maka dia perlu berani menghadapi rintangan yang besar”
Demikian juga kafilah dagang yang menempuh perjalanan boleh berhadapan dengan bahaya. Mereka mempertaruhkan diri& harta mereka akan risiko terdapat banyak perompak yang boleh datang dari kanan & kiri, menempatkan diri mereka pada salah satu dari dua pilihan, iaitu kehilangan nyawa dan mendapat keuntungan besar, harta melimpah dan barang mahal yang indah.
Keterangan ini adalah sesuatu yang ada hubungan dengan dunia dan orang yang mencintainya.

Adapun orang yang mencintai akhirat, maka modal utama mereka adalah ketaqwaan serta memutuskan hati dari pelbagai tindakan yang bergantung.

Nabi s.a.w. bersabda
SESIAPA suka menjadi orang yang paling KUAT, maka hendaklah dia berTawakal kepada ALLAH. Sesiapa suka menjadi orang yang paling MULIA, maka hendaklah dia berTakwa kepada ALLAH dan sesiapa yang lebih suka menjadi orang yang paling KAYA, maka hendaklah dia lebih PERCAYA kepada apa yang ada dalam genggaman ALLAH daripada apa yang dalam genggaman dirinya”

Abu muthi’ berkata kepada hatim Al-Hasan “ Aku mendengar bahawa kamu menjelajahi gurun dengan tawakal dan tanpa bekal”
Hatim menjawab “ Bekalku ada EMPAT Jenis
Abu Muthi bertanya “ Apa yang empat itu?”

Hatim menjawab “ PERTAMA, aku melihat dunia dan akhirat sebagai kerajaan Allah. KEDUA aku melihat semua makhluk adalah hamba ALLAH dan tanggungan-NYA. KETIGA aku melihat rezeki dan penyebabnya berada ditangan ALLAH.  KEEMPAT aku melihat bahawa keputusan ALLAH pasti berlaku disemua penjuru bumi”


Bersambung..


Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online