adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Saturday, December 12, 2009

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.

Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?Apa khabar rohani anda hari ini?Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?

Topik "Selayang pandang" adalah topik baru mengenai " a picture that desribes 1000 word"
dan ia juga merupakan perjalanan seorang anak seni bebas memperjuangkan karya seni dalam usaha dakwah melalui medium street & digital art.



Seorang pencinta seni menyusuri jalan daie...
http://dphotoku.blogspot.com


Bagi sahabat-sahabat ana yang sentiasa berkunjung ke laman "islamkan jiwaku" syukran berbanyak, bagi sokongan kepada ana dalam perjalanan seni ana juga ye.. JOM LAWAT blog "seorang pencinta seni menyusuri jalan daie".. Syukran banyak2..

Ana nak kongsikan Petikan dari latest post "seorang pencinta seni menyusuri jalan daie" di http://dphotoku.blogspot.com.. (ziarah dan bg komen ye)






Testi/comment image code for myspace,friendster,etc
Tajuk photo ini " KeranA SehElai HiJAb memBawa SeriBu perbezaAn".

Fenomena yang berlaku terhadap anak-anak gadis kita sekarang amat meruncingkan. Sebagai Ayah, Ibu, abang,kakak mahupun adik yang berpegang teguh pada hukum Allah,pesanan Rasulullah susah pasti bimbang jika ada dari kalangan ahli keluarga yang ambil mudah tentang isu aurat ini.

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Bagi seorang suami jika si isteri tidak menutup aurat si suami akan menanggung dosa itu juga andai si suami tidak menegah isterinya dari perbuatan itu.

Terlalu banyak di media yang "menghalalkan" trend free hair ini sehingga ia mungkin menjadi ikutan ahli keluarga kita,anak-anak kita dll..

Lantas dengan menyedari peranan media,rangkaian internet dsbnya membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia. Lalu photo ini juga membawa mesej :

"Kempen JOM PAKAI TUDUNG"

Perlu diingat mengenai penekanan tentang isu tudung dalam al-Quran misalannya,Allah berfirman:

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Mesej tersirat yang cuba disampaikan didalam photo yg dihasilkan adalah menunjukkan tentang :

Tudung itu adalah satu simbol kesopanan,kecantikan,keislaman,indah dsbgnya.

Dengan membawa konsep seperti ini,secara tidak langsung dapat merubah mentallity masyarakat mengenai nilai sehelai tudung yang selain dari disyariatkan oleh agama.

In this image there are 6 layer were merge together , can you find it? As usual The blending mode technique used in order to make it "double layer". Then i use blur,smudge technique to decrease the cropped line appearing.I used more blur technique to make a blur light in the center that can make the focus point will goes to the eye of muslimah and the girl with al-quran.

As you can see, there is a picture of girl holding al-quran (The picture want to show the islamic value that reveal the hijab secret) & Also a girl that covered almost the entire image (layered together) want to shown the value of beauty and true desire of muslimah.




beberapa isu yang ana cuba lemparkan," express"kan dalam bentuk digital art ini. Berdasarkan gambar diatas misalannya adalah mengenai aurat,tuntutan al-quran dan pesanan dari Rasulullah s.a.w..

Berdasarkan firman Allah s.w.t..

"“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”)

(Surah Al-Ahzab : 59)



Digital art yang dihasilkan juga membawa mesej
"KEMPEN JOM PAKAI TUDUNG"

berdasarkan kefahaman mengenai fitnah yang terbesar bagi kaum muslimin adalah wanita.
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين
“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”


Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.

"Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“ - (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
6.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
7.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

dan sebagainya yang mampu difikirkan oleh umat islam,kerana ianya tuntutan agama.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

link blog ana yang lain juga perlu diziarahi,insya-Allah perkongsian bermanfaat itu anugerah Allah.. syukran.

Photobucket

Photobucket

Photobucket





3 comments:

Nur Ain JaMaLi said...

;)

Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak said...

Syukran ya ukhti Nur..
jangan lupa promote gambar nie ye..

Nur Ain JaMaLi said...

insyaAllah dan telah pun dipromote kn,slalunye di www.nasyidfm.my ;)

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online