adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Monday, November 30, 2009


“Terima kasih ya Allah...mendekatkan diriku dengan orang yang soleh dan solehah...jadikanlah sahabat-sahabatku pejuang yang hebat dalam mengibarkan panji sinar islam”

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

“Ya Allah, perliharalah hatiku...hanya dengan mengingatiMU Hati-hati ini akan tenang dan tenteram...” Bercinta Cara islam...wujud ke?

“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perkara yang keji dan seburuk2 Cara"

“Bercinta= dekat pada lembah – lembah zina... Dekat dengan zina = haram!” Formula rakan-rakan sekolah pondoknya...Ketawa sendirian zaid, terus khayal dalam lamunan memorinya...

"Menyedari hakikat kehidupan, itu adalah bijaksana.Menyedari cabaran kehidupan itu suatu pengalaman, menyedari makna kehidupan itu suatu anugerah"

Mana mungkin aku mampu menjanjikan cinta yang teguh, sedangkan cintaku pada Allah masih lagi goyah? Mana mungkin mampu melafaz sayang? sedangkan ayat-ayat Allah masih lagi ku merangkak nak membacanya...mana mungkin mampu untuk menjanjikan cinta sehebat cinta yusuf pada isterinya?sedangkan jihadku dijalan Allah masih lagi terumbang – ambing?



Maafkanku ...peristiwa lalu menjadikan aku tidak percaya kepada cinta manusia semata-mata... Aku mahu mencintai Allah sebelum aku mampu mencintai manusia.. Zaid sangat paham dengan hint-hint yang diberikan oleh nur...nur cuba untuk mengetuk pintu hati pemuda sufi ini...menawarkan cinta atas dasar agama... “Firdaus itu seorang lelaki yang sangat baik, akhlaknya baik, selalu Nampak dia mendirikan solat dimasjid... Pemuda masjid tu...



“Antara golongan yang dikasihi Oleh Allah adalah golongan pemuda yang dekat hatinya dengan rumah-rumah Allah (masjid)...” Saya rasa dia sesuai untuk awak...” ujar zaid di YM nya kepada nur, cuba berdalih disaat nur cuba menanyakan tentang dirinya.. Kisah hitam zaid menjadikan ia takut pisang berbuah dua kali...

Zaid sememang pemuda yang terkenal dikalangan mahasiswi, sikapnya yang tekun dan aktif dalam kuliah..Pasti menarik minat sesiapa sahaja yang melihat..Dia tidak pernah lekang dari menanyakan soalan atau kemuskilan kepada pensyarah.Akhlak zaid yang sentiasa bermotivasi menjadikan ia sentiasa didampingi dan juga dicemburi oleh mahasiswa-mahasiswa sekuliyyahnya... Sudah ramai mahasiswi yang cuba mendekati, cuba membuka pintu hatinya..Namun zaid sentiasa melarikan diri terjebak percintaan...Mengelakkan diri dari jatuh cinta....walaupun sekali lagi, cinta wanita sebaik nur alwani nadirah...


Aku dah tersedar dari lamunan..Aku tahu keburukannya..Mana mungkin akan ku ulanginya...aku serahkan segalanya kepada Allah... Sejak peristiwa hitam itu, ia tidak lagi memberikan cintanya kepada manusia...Cintanya hanya kepada Allah...



2 comments:

Unknown said...

salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

islamkan jiwaku said...

salam.. insyallah moga-moga diharapkan penulisan yang xseberapa ini mampu memberikan sedikit manfaat yang berguna buat teman-teman seakidah.. pegang pada 6 perkara yg dipelajari dari madrasah di sini..

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online