adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Friday, November 20, 2009



“Bismillahirrahmanirrahim....

Allahummarzuqni hubban wa hubban man yuhibbuk wal 'amalallazi yu ballighuni hubbak.."



Ya Allah, rezekikanlah aku dengan CintaMu, cinta orang yang mencintai Mu serta cinta pada amalan yang mendekatkan aku pada MU. Ya Allah pelihara ia,jadikan ia seorang wanita yang solehah,wanita yang hebat dalam mengibarkan bendera jihad,kurniakanlah ia seorang pasangan yang soleh..berikanlah ia keluarga yang bahagia,yang dapat memberi manfaat kepada umat lain..”



Ya Allah...perliharalah aku dari terlena dengan ujian dunia..

Aku yakin dan pasti dengan jalan yang ku lalui..aku yakin dan pasti dengan janji-janjimu..

Perliharalah hatiku..ya Rahman,Ya Aziz.....Ya karim.........

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..

Ya Allah Jika aku menikmati cinta KekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya bermunajat di sepertiga Malam terakhirMu…

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepadaMu..

Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU…Amin…”


Zaid tidak pernah mengharapkan wan nur alwani nadirah menjadi miliknya, namun ia sentiasa mendoakan wanita solehah itu mendapat pasangan hidup yang soleh...setiap kali zaid menunai solat hajat,ia tidak pernah lupa untuk mendoakan untuk nur alwani nadirah...

“Doakan yang dibumi,yang dilangit pastikan mendoakanmu.” Pesanan dato fadilah kamsah,seorang penceramah motivasi terkenal kepada zaid semasa program motivasi kuliyyah beberapa bulan lalu..

Malaikat –malaikat dilangit akan mendoakan kamu kebaikan seperti mana kamu memohon kebaikan untuk orang lain selagimana orang yang didoakan itu tidak mengetahui apa yang kamu doakan untuk dirinya”


Hari demi hari Zaid semakin kerap ber- YM dengan nur,sekadar teman YM?.. tapi bila bertembung dalam kuliah,zaid xpernah berbicara dengan nur melainkan hal-hal yang penting..namun bila berbicara dengan nur,zaid tidak pernah memandang tepat kearah wajah nur kerana bimbang lain plak jadinya nanti..

[4:19:03 PM] ZAID says: xpela...Saya sekarang ni cuma nak memperbaiki diri.kerana bimbang...sejak bercampur gaul dengan budak-budak nakal ni... Amalan pun cam Susah nak jaga... usrah memang penting....

[4:19:53 PM] ZAID says: saya memang suka dengar ceramah kat masjid dan mnghabiskan masa menyendiri...Kerna risau kalau lame2 ngan mereka..

[4:20:00 PM] ZAID says: saya pun jd cam mereka..

[4:20:25 PM] ZAID says: tapi saya pun rase syukur tuk awak..

[4:20:34 PM] ZAID says: dipermudahkan tuk berdakwah..

[4:25:11 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: tapi saya memang bhrap saya akn isiqamah dlm jalan ni

[4:25:20 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: coz dlu saya tak camni

[4:25:34 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: mungkin takdir Allah boleh mengubah segalannya..

[4:26:43 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: saya jd begini atas dorongn kak naqibah (dlm usrah-saya bljar mencintai Allah dan rasulnya),bljr indahnya islam,geng dgn shabat2 pstuan islam

[4:27:35 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: kita boleh!!

[4:29:22 PM] ZAID says: alhamdulillah.. moga Allah membantu perjalanan hidup awak,dan moga Allah memelihara perjuangan awak dalam penyebaran islam..

[4:29:57 PM] ZAID says: insyallah.. islam boleh..

"APA AKAN JADI HARI INI, ANDAINYA TUHAN CABUT NYAWAKU KERANA SEMALAM,KERANAKU LUPA UNTUK SUJUD PADANYA.APA AKAN JADI HARI INI,ANDAINYA TUHAN TUTUP KALBUKU DENGAN CAHAYA KEIMANAN KERANA SEMALAM AKU LUPA UNTUK MENGINGATINYA...."


...................(bersambung)

2 comments:

aQielahuZihan said...

wahh..xsabar nak taw sambungan citer nihh...

moga berjaya menjaga iman dan hati...

all da best!!!

islamkan jiwaku said...

insyallah... moga mendapat manfaat dari kisah perjalanan hidup zaid...

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online