adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Sunday, December 16, 2012
"DATANG pada tiap- tiap persoalan itu ada Jawabannya
Datang pada Tiap–Tiap Kesukaran itu ada kemudahannya
Datang pada tiap-tiap kebuntuan itu
ada jalan keluar diisinya..."
KESENANGAN, Kejayaan, MUSIBAH, KErisauan, penyakit dan pelbagai urusan dunia yang datang Menyapa diJendela keHidupan kita, tidak mampu dihalang dari terjadi.. Namun apa yang paling penting adalah kita menyakini ia semua datang dari Allah bersama hikmah dan kita berserah diri kepada Allah agar memberikan kekuatan menghadapi ujian dunia.
Kita tidak mampu merubah apa yang terjadi disekeliling kita, namun kita mampu cuba merubah pandangan mata kita. Tukar cermin mata kita dengan CERMIN MATA IMAN & TAQWA, sentiasa SERVIS cermin mata hati kita dengan Zikirullah,Zuhud,berTawakal dan Yakin pada Qadha’ dan Qadar Allah.
"JOM KITA TUKAR CERMIN MATA HATI KITA, AGAR KITA BISA MELIHAT DUNIA DENGAN PANDANGAN HIKMAH BERDASARKAN AL-QURAN, AS-SUNNAH, KISAH-KISAH PARA NABI & PARA SAHABATNYA."
Subhanallah, maha suci Allah yang memberikan pencerahan buat insan didalam kesulitan…
Assalamualaikum wbth, salam ukhwah buat semua teman. Ana ingin sekali berkongsikan PETIKAN dari Kitab Minhaajul 'Aabidiin Karangan IMAM AL-GHAZALI, mudah- mudahan ia bisa menjadi manfaat buat kalian semua. INSYALLAH..
Petikan Kitab Minhaajul ‘Aabidiin (Karangan IMAM AL-GHAZALI)
Bahagian 1 - Terjemahan ringkas bab 4 (HALANGAN)
Abu Muhammad mengatakan bahawa baginda berkata:
“Segala urusan dunia ini berlaku pada dua jenis orang, yakni
orang yang bertawakal dan orang-orang yang terburu-buru”
Pada Pendapat Imam al-Ghazali, inilah kata-kata yang sarat
dengan makna kerana orang yang terburu-buru itu sentiasa bercita-cita bahawa
segala sesuatu hanya berdasarkan pada kekuatan yang sudah berlaku dan keberanian hati dan dia tidak perlu memerhatikan pada sesuatu yang akan
memalingkannya atau kebimbangan yang dapat melemahkannya. Oleh itu berlakulah
segala sesuatu (yang diluar perhitungannya)
Adapun orang yang tawakal, dia inginkan segala sesuatu
dengan berdasarkan kekuatan, pemahaman yang mendalam, keyakinan yang sempurna
kepada janji Allah dan kepercayaan penuh dengan jaminan-NYA. Dengan menanamkan
sikap ini, dia tidak menoleh sedikit pun kepada seseorang yang memberikan
ancaman kepadanya dan juga syaitan yang mengodanya. Dengan begitu, segala
tujuan dan sesuatu yang dicarinya akan Berjaya diperolehinya.
Diceritakan bahawa ketika Mu’awiyah bin Abu sufyan melihat
dua pasukan dalam Siffin, maka dia berkata “ Sesiapa inginkan kedudukan
tinggi,maka dia perlu berani menghadapi rintangan yang besar”
Demikian juga kafilah dagang yang menempuh perjalanan boleh
berhadapan dengan bahaya. Mereka mempertaruhkan diri& harta mereka akan
risiko terdapat banyak perompak yang boleh datang dari kanan & kiri,
menempatkan diri mereka pada salah satu dari dua pilihan, iaitu kehilangan
nyawa dan mendapat keuntungan besar, harta melimpah dan barang mahal yang
indah.
Keterangan ini adalah sesuatu yang ada hubungan dengan dunia
dan orang yang mencintainya.
Adapun orang yang mencintai akhirat, maka modal utama mereka
adalah ketaqwaan serta memutuskan hati dari pelbagai tindakan yang bergantung.
Nabi s.a.w. bersabda
“ SESIAPA suka menjadi orang yang paling KUAT, maka
hendaklah dia berTawakal kepada ALLAH. Sesiapa suka menjadi orang yang paling
MULIA, maka hendaklah dia berTakwa kepada ALLAH dan sesiapa yang lebih suka
menjadi orang yang paling KAYA, maka hendaklah dia lebih PERCAYA kepada apa
yang ada dalam genggaman ALLAH daripada apa yang dalam genggaman dirinya”
Abu muthi’ berkata kepada hatim Al-Hasan “ Aku mendengar
bahawa kamu menjelajahi gurun dengan tawakal dan tanpa bekal”
Hatim menjawab “ Bekalku ada EMPAT Jenis”
Abu Muthi bertanya “ Apa yang empat itu?”
Hatim menjawab “ PERTAMA, aku melihat dunia dan akhirat sebagai kerajaan Allah. KEDUA aku melihat semua makhluk adalah hamba ALLAH dan tanggungan-NYA. KETIGA aku melihat rezeki dan penyebabnya berada ditangan ALLAH. KEEMPAT aku melihat bahawa keputusan ALLAH pasti berlaku disemua penjuru bumi”
Hatim menjawab “ PERTAMA, aku melihat dunia dan akhirat sebagai kerajaan Allah. KEDUA aku melihat semua makhluk adalah hamba ALLAH dan tanggungan-NYA. KETIGA aku melihat rezeki dan penyebabnya berada ditangan ALLAH. KEEMPAT aku melihat bahawa keputusan ALLAH pasti berlaku disemua penjuru bumi”
Bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment