Siri XV
Kesulitan dan kenangan
Firman Allah s.w.t.: “Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”(Surah al-Ankabut: 2)
"BILA DIUJI dengan sakit baru tahu tahap KESABARAN HATI,
Bila diuji dengan KEMISKINAN & KESUSAHAN baru tahu keteguhan amalmu,
BILA DIUJI dengan kemewahan pangkat atau harta
baru dapat tahu TAHAP kesyukuranmu dan KEMANA NIKMAT diberikan padamu dibelanjakan..
BILA DIUJI dengan wanita dan kesenangan baru dapat tahu SEJAUH MANA
kamu dapat mengawal nafsu , menjaga iman,akhlak,islam dan agamamu..
Bila diuji dengan pujian atau fitnah baru tahu keaslian amalamu
seMakin tinggi imanmu,SEMAKIN tinggilah ujian yang singgah diJENDELA hidupmu..
Apabila DIUJI barulah diketahui APAKAH HATI itu telah benar- benar yakin (beriman) ataupun masih lagi RAPUH umpama sebatang kayu yang dimakan anai-anai?"
“You are project manager; I’m advisor for this project. I don’t want to hear any problem! Do you understand!” lantang suara En Moyeedin kepada Zaid. Semua pekerja tercengang melihat Zaid dimarahi.
Hmm… Allahu robbi…bisik hati Zaid…mengumpul sisa-sisa kekuatan yang ada agar dapat terus tenang menjawab persoalan En Moyeedin selaku CEO Kilang… kepenatan dari pagi tadi dengan pelbagai karenah untuk hari pertama pelancaran “ Manufacturing&Production System” di kilang masih lagi belum reda..Ditambah pula masalah kena bertanggungjawab dengan kelemahan management jabatan lain dalam teamwork.
“Yes I do, but this is their department procedure. Kita satu team, semua harus memainkan peranan -Berkerjasama. I can’t do anything without their cooperation among themselves.”
En Moyeedin menarik tangan zaid dan keluar dari pejabat operasi dan menyambung lagi bahasnya.. Zaid tidak lagi dapat tangkap apa diujarkan CEOnya itu kerana fikiran telah bercelaru.. Hanya mendiamkan diri..Dan mengangukkan kepala dan menarik nafas panjang….
Ok En Moyeedin, As the countermeasure.. I’ll ask them to prepare item listing for production, and make sure they can release the part by today.
En Khairul tolong sediakan list production, pastu bagi pada En amin ok
.Ade-ade saya pergi ambil kat atas kejap.
Stephen, nanti tolong sediakan listing kenapa system error.
Muiz , tolong tengok computer kat production, xde network lah.
Ok bos. Ujar Muiz (Praktikal Student)
Setelah memastikan semua operasi berjalan lancar.. Zaid merebahkan dirinya diatas kerusi merah, yang disediakan untuknya dipenjuru cabinet. Zaid memejamkan mata, menenangkan seluruh tubuh dan fikiran yang kepenatan..Teringat akan muslimah Safiah, pelajar ilmu tauhid disebuah university di kuala lumpur.
“ Maaf Zaid, fiah dah discuss dengan abi secara khusus kenapa dia xbagi nikah mase belajar.. umi xkisah..rupanya abi nk menantunya dari Kelantan sahaja. Fiah syukur sangat jika dapat suami seperti Zaid. Tapi dalam masa yang sama ..Fiah harus mengharapkan keredhaan kedua ibu bapa fiah. Maaf tidak dapat memberikan yang terbaik buat Zaid.. harap kita dapat jadi kawan lagi”
“Tidak mengapalah Fiah… insyallah…. Salam alaik.. “
“Maaf…”
.....
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan.
Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta..
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)
Kata - kata ustaz Fadzil Amri dalam takzirah ramadhan solat zuhur tadi diamati zaid.
"Jika hari -hari yang mendatang, hidup kita baik-baik aja, masalah takde..rezeki cukup, kebahagian ada, anak bini semua bagus...badan tak sakit, kiranya semuanya molek belaka.. ITU tanda IMAN kita ada masalah.
Yang Tak sakit itu Firaun je, paham dok.. Makhluk yang dibenci Allah
hebatnya IMAN para sahabat nabi... bila hidup mereka baik-baik sahaja... mereka risau.. menangis... kerana orang yang HIDUPNYA tidak diuji...tanda ia jauh dari ILLAHI.."
Alhamdulillah,dapat aku kekal solat jemaah harinie.. Seusai mengambil wudhuk teringat akan ceramah ust. Azhar idrus akan manfaat wudhuk ketika dipadang mashar.
(bersambung)