seharian kita mencari dimanakah kedudukan kita disisi ALLAH s.w.t...
apakah telah cukup mantap iman ini?Adakah pahalaku melebihi dosa-dosaku..
Detik yang menghilang
PEMBERITAHUAN
Assalamualaikum w.b.t.h.. Terima kasih kepada setiap pengunjung yang datang menziarah, "walau sekalipun pertemuan antara seekor semut hitam,dipadang pasir yang luas,didalam gelap gelita,dengan seorang manusia.. ianya masih lagi dalam percaturan dan perancangan Allah." Begitu juga dengan pengunjung disini,anda membuka blog ini adalah kerana sesuatu yang telah ditentukan Allah.. Perhatian kepada pembaca dan pengunjung, bahawa isi kandungan blog adalah nurkilan hamba Allah yang khilaf , daif dan jahil...Ana masih lagi merangkak dalam penulisan dakwah dan tarbiah. Maklumat diblog ini juga diambil dari sumber yang pelbagai.Pohon jasa baik pengunjung yang dirahmati Allah s.w.t.. agar menegur sekiranya terdapat kesalahan hadith,perterjemaah,da'yah,dan sebagainya dari penulisan blog ini. Sukacitanya, ana yang khilaf,daif lagi jahil dengan ilmu ini memang memerlukan teguran.
Sejadah iman
Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis……. Peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman…….
Redhai dan berkatilah setiap perbuatanku,perkataanku, dan keseluruhan amalanku, Moga setiapdari perbuatanku,perkataanku dan amalanku memberikan manfaat buat ummah, Jauhilah perbuatanku,perkataanku, dan amalanku yang membawa kemungkaran perkara yang
tidak ENGKAU sukai. Ya Allah redhailah setiap perbuatanku dengan cahaya keimanan,pagari ia dengan sinar ketaqwaan agarku menjauhi perbuatan yang tidak engkau tidak sukai. YA ALLAH terimalah amalanku...
"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada hari beliau menemui Allah." ~Riwayat Malik dan Tarmizi~
Nurkilan seorang insan
Anabukanlah sarjanayang bijak pandai,mahupun seorang ustazyang hebat dalam perjuangan,jauh sekali seorang yang warak seperti wali. Apa yang dikongsikan disini bukan menunjukkanana ini sudah cukup hebat untuk memberikan nasihat. Yang tercatat disini ia hanya sekadar renungan buat diri anasendiri,hanyalahperingatan buat ana,hanyalah menunjukkan kekhilafan dalam menyusuri liku-liku kehidupan.Ana bukanlah insan sempurnanamun ana hanyalah insan yang mengharap belas kasihan Allah agar masih mampu untuk meniti kehidupan ini.Ana juga manusia,manusia yang sering melakukan kesalahan,manusia yang lemah dan sering jatuh dalam melawan arus duniawi..Maafkan ana jika terdapat kekurangan kesilapan dalam berbicara,teguri ana,ajari ana..Moga kita bersama dapat menyusuri onak duricubaan dunia selangkah lebih baik dari semalam. Doakan ana,doakan semua orang,agar kita sama-sama mampu memiliki jiwa yang benar-benar mantap dalamtitipan nurkilan sebuah hati yang cintakan Allah setulusnya duniawi dan ukhrawi...
-WE ARE THE LAST UMMAH ON EARTH-
The World is about to comes to the END...
All Muslim Be Prepare, don’t fall to their traps!!They are making massive statistical Muslim behavioral and collecting personal information for the gigantic “World Conspiracy “towards Islam, tracing us, poisoning our mind, there is no meaning of “privacy” as Muslim when they always watching us,analyze us, as waiting for the “timing boom” to explode in the exact occasion.
DONT BE Terrified,spread the da'wah, gather all muslim and hold together as one,empower OUR IMAN,MIND & SOUL,enriching OUR UKHUWAH, we UNITE,we LEAD,we DEFEND,we FIGHT,we WIN!!
I'm ordinary human.Just a humble person that want to find the greatest harmony in life.. saya adalah manusia yang ingin mencari ketenangan abadi...A humble person that hold strong mission & dreams to be the best ummah,the best Muslim,the best daie.. not a perfect human being - but try to be as best as i can...
Penghapus Dosa
-
*Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,*
*DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,*
*Lihatlah* pada mereka yang *TUA,*
*SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA...
Keutamaan Ilmu Pengetahuan
-
Di dalam al-Qur’an al-Karim terdapat banyak sekali ayat yang menunjukkan
kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah:
“Allah telah menyaksik...
TITIK PERMULAAN..untuk bangkit...
-
Assalamu'alaykum wrh.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah... sudah lama blog ana menyepi...
pelbagai masalah, kekangan dan keterbatasan yang menyebabkan...
Pencarian Cinta
-
Ya Allah…..
dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu, kemana
lagikah hati ini harus berlabuh kecuali pada kasih-Mu, jadikanlah h...
Surat dari pembaca 4
-
Assalamualaikum ustaz, saya ali dari jb.. Nak minta pendapat ustaz..
Sekarang ni saya sudah bercerai dgn isteri saya dah hampir 9 bulan stlh
hdup bsama 1 t...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Mukadimah (2)
-
Mukadimah
Ilmu hikmah menurutku satu ilmu di dalam ilmu, tidak ramai yang memilikinya
tapi harus memilikinya, kerana ia satu ilmu yang Allah campakkan d...
Hati Maknawi.
-
Dari hati maknawi
Tak mampu lisan meluah bicara
Bergetar, bergegar latifah rasa
Ah, robitoh ini terlalu sirri
Pada mengungkap cinta yang maujud,
...
DALAM DIRIMU PENUH KEAJAIBAN
-
Kalau engkau perhati!
Dan jika jiwamu hidup,
Juga kalau akal engkau berperanan,
Engkau tentu sedar, bahawa di dalam dirimu
penuh dengan keajaiban dan hikmah,...
KEAJAIBAN TELAH BERLAKU DI PALESTIN
-
[image: Palestin Pictures, Images and Photos]
[image: palestin huruf Pictures, Images and Photos]
Gaza – Palestinkini : Hospital-hospital di Semenanjung Ga...
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
MUNAJAT JIWA
Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu… Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu.. Ya Allah Jika aku menikmati cinta KekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga Malam terakhirMu… Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepadaMu.. Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU…Amin…”
Tafakur dalam Kesyahduan
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
Di keheningan malam Tafakur di kesyahduan Merindui janji-Mu Tuhan Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa Moga terangkat penghijab kalbu Antara kau dan aku
Di keheningan malam Tafakur di kesyahduan Merindui janji-Mu Tuhan Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa Moga terangkat penghijab kalbu Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku Kusujud pada kudrat-Mu Kuserahkan jiwa ragaku Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu Hanya pada-Mu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Di keheningan malam Tafakur di kesyahduan Merindui janji-Mu Tuhan Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata Taubat segala dosa Moga terangkat penghijab kalbu Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku Ku sujud pada kudrat-Mu Ku serahkan jiwa ragaku Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu Hanya pada-Mu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah ya Tuhanku Ku sujud pada kudrat-Mu Ku serahkan jiwa ragaku Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu Hanya padamu aku mengadu Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
KeredhaanMU
KeredhaanMu
Album : In-Team'04 Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com
Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayangMu Dan jua keredhaanMu Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri
Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Zahran : Persinggahan
Sekian lama hidup di kegelapan
Teraba-raba tanpa tujuan
Akal dan budi seakan tak berfungsi
Ke manakah diri...
Apa diturut kehendak yang meronta
Menyeksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri
Renungkanlah ini..
Kita sekadar di persinggahan
Pasti kembali pada yang menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani...
Jangan mengalah jangan berputus asa
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…
Pada Ilahi bantuannya menanti
Iman dan taqwa yang sejati
Itulah bekalan diri…
Doa senjata mereka yang beriman...
Tuhan Pencipta Maha Penyayang...
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan...
Bila waktu telah berakhir
Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick
bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
[KETENANGAN JIWA] : Ana dari Madrasah atap Nipah XIII KeRingat ibu demi sepinggan Nasi
“Assalamualaikum abang, siti nak minta tolong boleh tak? Xcukup duit nk bayar duit exam, kalau xbayar xboleh ambil exam.. Mak ngan abah xde duit..”
“bro zaid, awat? Siapa yang telipon?”
“adik ana”
“dia xcukup duit.. banyak habis untuk menyiapkan projek tahun akhirnya..”
“Bro zaid, ade duit ke? Kalu xde, ana boleh pinjamkan dahulu”
“Syukran ya sufian, alhamdulillah ana masih lagi ada wang simpanan”
“ana ni bukanlah orang senang sufian, perlu berjimat cermat dalam berbelanja, sungguh ana datang belajar disini dengan duit bantuan adik beradikku, saudara mara, dan juga duit tabung hari tua ibuku...”
“Penat jerih ayahku mengumpul duit, keringat ibuku yg dek panas Bara api dapur kayu membakar kueh setiap kali menerima tempahan”
Aku bersyukurdengan kekurangan yang mendidik hati dan jiwaku…
Kerana kekurangan ini aku belajar untuk menghargai,
Kerana kekurangan ini aku belajar makna sebuah kasih sayang seorang ibu
aku bisa menangis keranaNYA,
Kerana kekurangan ini aku mengenal tuhan, dan cintaNYA
aku faham tidak semua orang sempurna
Kerana kekurangan iniaku belajar erti pengorbanan
Aku belajar untuk mengutip lemparan ketabahan
Aku belajar untuk menjahit layar dugaan dengan keimanan
Kerana kekurangan ini aku telah belajar erti kehidupan dan terus melangkah dengan pengharapan pada Tuhan.....
“ana sedih melihat ibuku, begitu susah, sedaya upaya menyediakan kami selengkapnya..
Ibuku sanggup makan nasi putih berlaukkan dengan garam semata-mata memastikan kami dapat makan yang lebih sempurna.”
“Tiada siapa yang tahu keperitan hidup kami, hanya pada Allah kami sujud menyembah memohon rezeki untuk hari esok”
“Kalau dapat makan ikan, ketika waktu kami begitu tiada wang.. Ayahku dah pencen, duit pencen berapalah sangat utk menampung hidup kami… ibuku memberikan alas an, bahawa dia tidak lapar, makan ikan kering dah cukup…Kami adik beradik sangat terharu dengan pengorbanan kasih sayangnya kepada anak-anaknya...”
“ana orang susah, rumah papan yg semakin dimakan anai-anai itu hanya menunggu waktu untuk tumbang menyembah bumi.. Waktu kecil masih tergiang-giang dimemoriku, ayah menghantar ana dengan basikal tua, di waktu hujan lebat menyimbah kami.. Ayahku membiarkan dirinya basah.. bagi melindungi baju sekolah dan kasut putih aku..”
“Sehingga mati pun belum tentu ana dapat membalas jasa mereka..”
“Ana menangis sendirian terkenang jasa kerana ibu ayah, ana mampu belajar dimenara gading. Ana disini bukan kerana Ana seorang yg bijak pandai,tapi kerana doa ibu ayah yangtak putus-putus berdoa kejayaan kami adik beradik”
“ana disini membawa harapan ibu ayah yg mengharap kejayaan seorang anaknya,
ana disini kerana penat lelah ibu ayah ku yang membanting keringat demi menampungku,
ana disini membawa segalas airmata ibu ayah,
ana disini kerana ibu ku sanggup makan berlaukan garam, mengadap diri dengan bahang api dapur kayu utk menjual kueh bagi menyediakan makan minum kami sekeluarga,
ana disini membawa kasih sayang mereka…
ana disini kerana mereka semua yang berkorban untuk kejayaanku”
ana banyak dosa dengan mereka..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku..
Kasihinya sepertimana mereka mengasihiku, kurniakanlah kekuatan bg mereka sepertimana ia membanting keringat kekuatannya untuk ku.
Sebab itulah hatiku ini sangat rasa bersalah,dosa yang ana lakukan dulu tika ana lalai dan tersasar dari jalanNYA, jika diketahui oleh mereka,Ya Allah sudah pasti hancurlah segala harapan dan pergorbanan mereka terhadapku….
“bro zaid,kan anta dah berubah,. Yang berlalu..Biarkan terus berlalu...Dan masa yg ada sekarang manfaatlah sebaik-baiknya…”
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankaabut: 2-3)
“Alhamdulillah, Allah masih lagi mengasihi ana dijalannya, masih lagi berkehendakkan ana utk berbakti dijalannya selain menjadikan amal kebaikan sebagai kafarah menghapus dosa-dosa yang lalu...”
Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahanpun". (Isnadnya Hasan, ditakhrij At-Tirmidzy, hadits nombor 2510. Dia menyatakan, ini hadits hasan shahih, Ahmad 2/287, Al-Hakim 1/346, dishahihkan Adz-Dzahaby)
“Syukran ya Rabb.Ana turut gembira sekrang anta lebih baik dari dahulu.. setiap yg terjadi itu,sekalipun pertemuan manusia dengan seekor semut dipadang pasir yg seluas lautan,ia masih lagi dalam percaturan Allah s.w.t..”
“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)
“Samalah dengan masalah, dugaan, cubaan, yg datang menziarahi diri manusia itu adalah kerana menguji sejauh manakah iman dihati mereka..”
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2- 3)
“Mana mungkin ana tahu betapa manisnya madu jika ana tidak pernah merasa pahitnya hempedu, mana mungkin ana akan tahu betapa nikmatnya hujan jika ana tidak pernah merasa betapa sengsara panasnya mentari, mana mungkin ana kan tahu betapa besarnya nilai seringgit jika ana tidak pernah membanting keringat demi wang bagi menampung kehidupan utk sepinggan nasi, mana mungkin ana akan tahu betapa enaknya secubit nasi jika ana tidak pernah merasa seksanya mengikat perut.. “
“semua yang terjadi,membentuk peribadi mulia anta sekarang..tanpa ujian dan dugaan tersebut, anta tidak mungkin berada dijalan dakwah islam mentarbiah anak-anak muda yg bermasalah sekarang..”
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Al-Insyirah: 5-6)
"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati Jangan Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa. Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."
seandainya tiada nyala api disebelahku tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium..
anakku
tahukah engkau
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
bergelut dgn kudrat dan nyawa
namun ibu bangga
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
anakku
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
belajar bercakap,
merenget minta dibelai,
disuap nasi kemulut
hingga ibu lupa,
anak ibu tlh besar panjang pun
pejam celik-pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pegimu bukn erti kau bebas
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
ingat ank ku,
kita bukan org senang
ibu takde harta untk ditinggalkan
kecuali ilmu yg engkau ada
ibu dahbekalkan
kau dgn agama
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh
tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu, jgn kau bazirkanmasa
dengan perkara yang bukan-bukan
jgn ikut telatah rakan,
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali,
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila engkau datangmembantu
adik-adik yang masih bersekolah
dan pasti ketika itu,
kita tidak lagi tinggaldirumah
usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan
biarpunibu
disini masih bermain lumpur
bermandikan getah untuk menyaramu
tapi ibu berharap sangatjanganlah
siakan keringat ibuyang
mengharap
Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan.. Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?
Diketika kaki melangkah menyusuri jalan-jalan yang berliku,menempuhi onak-duri dugaan dunia..kekadang tersungkur dan terjatuh tika dihempas ombak ujian yang dirasakan sangat berat untuk ditempuhi...semakin kaki cuba gagah berlari dan melangkah, kian terasa berat kaki melangkah dan semakin parah luka dihati..
APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?
Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.
Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.
Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?
Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.
Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.
Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.
Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?
Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.
Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.
Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.
Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.
Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir.
Kenapa ini terjadi?
Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.
Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.
Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.
Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.
Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.
What will happen today if Allah take ourlife because we forgot to sujud, What will happen today if Allah close our heart from the light of goodness and iman because yesterday we forgot to remember him?
Jika harini kita mampu untuk solat jemaah dimasjid pada waktu subuh,berdoalah pada Allah supaya memilih kita untuk sujud padanya pada zuhur nanti, Jika pada waktu solat zuhur kita dipilih Allah untuk sujud berjemaah dimasjid,berdoalah pada Allah supaya memilih kita untuk sujud padanya pada waktu asar nanti.. dan seterusnya,setiap waktu yg berlalu doakan setiap detik agar Allah memilih kita untuk melakukan kebaikan..
Setiap perkara kebaikan yang kita laKukandoakan agar Allah memilih kita untuk melakukan kebaikan yang seterusnya, kerana iman itu adalah rahmat, tanda belas kasihan Allah pada kita. dan Allah yang memilih siapakah yang menjadi pemilik IMANNYA..
Dan ingatlah hidayah itu bukan milik ana atau antum,bukanlah milik wali mahupun ustaz, ia juga bukan milik malaikat mahupun nabi,TAPI ia adalah milik Allah...dan Allah s.w.t.. yang menentukan siapakah pemilik hidayahNYA...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Moga-moga setiap helaan nafas yang tersimpul disinari dengan lafaz pujian-pujian kepada Allah s.w.t..
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, 17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
Peace upon to muslimin and muslimat,to all ummah of Prophet Muhammad s.a.w.. Hopefully in every second we breath,our thanks to Allah may increase as much as possible . Please remember,this life was fully temporary,this soul was given by Allah for free- use it wisely.
WHAT TO DO? Read al-quran,zikirullah,remember Allah each time, and please remember about your punishment in the judgment day - when u died soon. “Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah 2: 74]
YA ALLAH,AKU BERDOA KEPADAMU
Ya Allah..Aku berlindung denganmu dari Nafsu cintakan dunia,kefasikan,kesesatan,munafik dan kejahilan
Aku berlindung denganmudari Orang fasik dan munafik..
Tetapkanlah HATIKU dalam AGAMAMU..
ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala diinik wa'ala tha'atik
Keep in mind
we are all the same,whatever skin color,whateVer religion,whatEver hair color... as long as we called "human" we need to know that we are not perfect.. but as long as we realize,whatEver happen,whoeVer we r,wherever we Are... if we unitE our heart --> "we are perfecting each other"as one big happy family ... chill your heart,mind, body & soul , AND never despair and loose hope and always remembers ALLAH s.w.t.. will always be wif us,watching us,and love us...
PesaNan UnTuk HatiKu
Ujian dan dugaan yang dihadapi merupakan resepi membentuk dalaman yg hebat,jiwa yang hebat,akhlak yang terpuji. Mulakan dirimu dengan qudwah hasanah,bajai dirimu dengan usrah,taburi jiwamu dengan tarbiyyah,hisab dirimu dengan qiam dan tangisan dimalam hari...Jika Allah cepat makbulkan doamu,DIA menyayangimu,
Jika Allah lambat makbulkan doamu,DIA sedang mengujimu,
tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu,bermakna DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu
Assalamualaikum pengunjung yang dimuliakan Allah,diSini terdapat perkongsian tarbiah,usrah,ilmu,modul
motivasi,Zikirullah,kalamullah/dll - moga ia bisa menjadi makanan Rohani kita seharian. Sebarkanlah kepada umah lain..Syukran.
Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tidak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasihtidak setulus ZULAIKA, Tidak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, Jika hati tidak sekuat SARAH, Mengapa di dambateman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tidak sesempurna RASULULLAH S.A.W.......
Berdoalah agar mengurniakan pasangan hidup yang baik untuk kita,didunia dan akhirat...
fullmusik
Al-Hadith
“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” - Hadith riwayat Muslim
Ke Chenor
-
Hari ini ke Sma Chenor. Walaupun hujan rintik, para guru tetap semangat
untuk bergambar. Gambar sebagai kenangan indah. Akan datang ada yang
bersara d...
UNDANG-UNDANG JENAYAH MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI
-
Kenyataan Media
Ketua Penerangan
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Jumaat 27 Mac 2015
UNDANG-UNDANG JENAYAH MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI
1. Hampir genap 58 tahun se...
"UKHUWAH itu terbina atas ranting kejujuran...
Bertunjangkan mahabbah fillah...
lalu membuahkan kemanisan ikatan...
JIKA terpesong...
MAKA ibarat patahlah ranting,reputlah akar...
lalu rosaklah buah pokoknya..
teman tidak semestinya sentiasa dekat jaraknya,tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan DOANYA...
Selamat Datang buat pengunjung
Selamat Berkunjung
Aspirasi Muslimah
Alangkah indahnya kulihat,berjalan seorang muslimah mukminah....Dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan penuh tawadhu'...Langkahnya ibaratseorang pejuang muslimah yang tenang,yakin,berwibawa,penuh dengan semangat mujahidah...Disebalikfizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa..bukan getaran nafsu,tapi getaran keinsafan untukmengenali Allah dengan lebih dekat,ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa......Ada seulas bibiryang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..Setiap geraklakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...Tidak keluardari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,melainkan hikmah,haq,serta mutiara -mutiara ukhuwah...Hanyadengan melihat pada perwatakannya,sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH,agar segera berfikir tentangNYA...Subhanallah...."