adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Sunday, February 28, 2010



“Zaid tetiba hendak mendirikan rumahtangga, tidak pernah dengar apa-apa cerita sebelum ini…. Then harini tetiba dengar desas desus yang mengatakan zaid akan menjadi suami orang tidak lama lagi? … Sebab nur?”

“Eh…sebab nur? Apa yang nur cuba jelaskan ni?”


“Zaid…………..err….. Zaid ada hati kat nur?” .

..................................


Assalamualaikum saudari husna.Maaf saya agak lewat membalas email saudari kerana agak sibuk kebelakangan ini.

Berdasarkan persoalan saudari Husna melalui email yang saya terima, ini jawapan seberapa ringkas saya mengenai perhubungan cinta sebelum perkahwinan dan saya selitkan juga kupasan mengenai melangkah ke alam perkahwinan...

JALAN YANG HALAL ADA, KENAPA PERLU AMBIL YANG JALAN HARAM (JALAN YANG DIMURKAI ALLAH)?

Ya benar dan saya mengakui bahawa kebanyakkan dalam masyrakat Melayu sekarang,ibu bapa kekadang meletakkan had yang tinggi dalam menentukan perkahwinan anak mereka. Faktor umur,pelajaran,kerjaya,taraf hidup dan sebagainya sering menjadi penilaian utama sebelum anak mereka dibenarkan berkahwin. Mengikut statistik hampir 50-90 % mahasisiwi lepasan IPT tidak lagi berkahwin sehingga umur mereka kekadang ada yang mencecah 35 tahun.
Hal ini pernah dibincangkan dalam satu forum berkisarkan JODOH di UNIVERSITI yang mempamerkan Dato Fadilah Kamsah,Dato Siti Norbahyah sebagai ahli panel dan aziz desa sebagai moderator.

Kenapa Agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya berkahwin dan mendirikan rumahtangga? "dan apabila dua anak adam itu mendirikan rumahtangga maka selesai sebahagian dari tuntutan agama"
Terlalu banyak kebaikan Untuk mendirikan rumahtangga diwaktu ketika usia masih muda antaranya:
1.Menggelakkan maksiat
2.Menggelakkan zina Hati
3.Menggelakkan kewujudan anak luar nikah
4.Menggelakkan gejala sosial yang semakin meruncing dikalangan remaja islam sekarang
5.Dll

Setiap hari anak luar nikah semakin bertambah,

"maksiat akan menghalang keberkatan"

bagi yang belum berkahwin (dah cukup syarat) moga terbuka hati untuk mendirikan masjid.Jangan jadikan budjet sebagai alasan!


انْظُرْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيْدٍ

“Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu,
walaupun hanya cincin dari besi.”
(HR. Al-Bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472)

Nabi kita xde pun anjurkan perkahwinan yang mewah itu,kerana perkahwinan itu suatu ibadat,dan seorang isteri itu tidak ternilai harganya.. bukan boleh dijual beli.

Yang caj mahal-mahal itu hanyalah budaya bukan syariat agama,kena tahu mana yang harus diutamakan diantara budaya dan agama.

Dalam suatu hadis nabi s.a.w.. yang bermaksud lebih kurang Bukan terdiri dari umatku yang menangguhkan perkahwinan hanya kerana bimbang tentang kewangan selepas perkahwinan. (kerana perkahwinan itu sendiri akan dimurahkan rezeki).


Tidak berdosa untuk mencintai dan dicintai, tapi bagaimanakah cinta yang diredhai oleh ALLAH?

"Antara cinta yang didoakan oleh ribuan penghuni langit adalah cinta pasangan suami isteri yg ikhlas berkasih kerana Allah"

kasih sayang itu satu fitrah keatas setiap insan yang bernama manusia,Mencintai dan dicintai tidak berdosa, tapi MANUSIA YANG BERCINTA itu yang berdosa...
Nasihat saya kepada saudari Husna, jika bercinta kerana Allah, nescaya tidak akan timbul perkara - perkara yg tidak baik...Semuanya bermula dari hati, jika baik hati itu maka baiklah segalanya..Jika tidak, maka sebaliknya akan berlaku...

Sebagai manusia perlulah memelihara adab kesopanan dengan bukan muhrim... Awak sebagai wanita seharusnya jangan dilayan sangat perasan cinta!

Jangan biarkan cinta mengawal kamu...
KAMULAH YANG HARUS MENGAWAL CINTA...KAMU MENENTUKAN BAGAIMANA CINTA ITU DIURUSKAN,AGAR MENDAPAT REDHA ALLAH TERPELIHARA DENGAN SYARIAT ALLAH SWT..

Cinta itu indah jika manusia bijaksana menguruskannya...Indahkan kasih sesuci kasih khadijah kepada Suaminya, peliharalah cintamu setinggi kasih aisyah kepada Rasulullah s.a.w...

"Kasihi yang dibumi maka yang dilangit akan menyayangimu"

Jika kita merujuk kepada perbincangan dalam permasalahan maksiat yang timbul "Akibat Berbuat Maksiat”. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata,

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.

Yang kedua Maksiat Melemahkan Hati dan Badan:

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat,sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fisik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fisik bangsa Persia dan Romawi.


Yang ketiga Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani:
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertobat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.
Dan banyak lagi keburukan yang akan berputik sekira maksiat ini dilakukan oleh anak-anak adam.

"Perkahwinan itu benteng kepada seribu pintu kemaksiatan..."

Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ” Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.

Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan
kepadanya kehidupan yang baik…” (An-Nahl: 97)




(bersambung....)

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online