adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Thursday, January 14, 2010
This hijab..This mark of piety,
is an act of faith,a symbol,
for all the world to see.
A simple cloth, to protect our dignity!
Ia lambang maruah kita! Lambang Kesucian kita! Lambang kepercayaan kita terhadap syariat yang dituntut oleh agama! - perbualan nur dan hajar terhenti disitu..hajar terus membisu tanpa kata...
…………………
“Sufyan: hal ‘anta Taalib fii al-jaami’a?
Zaid: na’am. ‘anaa fii as-sana al-’uulaa. wa ‘anta?
Sufyan: ‘anaa fii as-sana al-uulaa ‘ayDan!
Zaid: mumtaaz! hal ‘anta fii binaayat al-jaami’a?
Sufyan: na’am. ‘anaa fii binaayat ‘abdullah.
Zaid: ‘anaa fii binaayat fayruz.
Sufyan: ‘ilaa al-liqaa’.
Zaid: ‘ilaa al-liqaa’.”
Bro zaid? Kena anta tersenyum tertiba ni?
Sufyan,ana Cuma teringat kali pertama kita bertemu..Alhamdulillah dapat teman seperti anta..
“Sahabatku telah Allah tentukan pertemuan kita, telah Allah takdirkan seorang sahabat yang baik untukku, untuk agamaku, untuk hidupku, engkau nasihatiku disaatku tersilap,engkau bimbingku dimasaku tersasar,engkau berikankanku sokongan disaatku tersungkur,engkau
bersamaku tikaku sendirian,dan kerana engkau katakan semuanya kerana Allah...”
Ting..ting… ting….“Assalamualaikum En zaid” - “waalaikumsalam” balas zaid.. “saya Abdullah ahmedul karim dari syarikat al-Qawaeer cawangan Malaysia,pemohonan tajaan untuk En zaid menyertai program pertukaran pelajar Universiti Teknologi Kashmir (UTK) di Dubai telah diluluskan,sila hantar jawapan pengesahan program dengan kadar segera” – “terima kasih”.
Alhamdulillah,ya Allah engkau yang memberikan rezeki kepada semua makhluk didunia. Kasihmu padaku,rezekiMU padaku,belas kasihanMU padaku tidak pernah kurang walaupun aku banyak melakukan dosa kepadaMu ya Allah..Tamakkah aku untuk terus berdoa padaMU, tamakkah aku untuk menikmati rahmatMu, tamakkah aku memohon agar engkau terus memberikanku nikmat iman dan islam padaku… ya Allah… Aku malu padaMU….malu untuk terus mendadah tangan…
“Assalamualaikum zaid, saya dengar zaid akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, betul ke?
Nur sekadar nak tahu, zaid tak cakap pun tak mengapa…”
“Waalaikumsalam nur alwani nadirah, maaf dah lama tidak memberikan khabar berita pada nur....Saya jarang buka YM sekarang, agak sibuk dengan program pertukaran pelajar UTK… err…r… insyallah, kalau diizinkan Allah sebelum berangkat ke Kashmir kami akan disatukan... Maaf nur, lagipun kita jarang punya kesempatan untuk berbicara seperti ini… Mata orang melihat nur, bimbang saya dengan fitnah yang mungkin timbul... Lebih –lebih lagi nur akan menjadi milik orang tak lama lagi, milik seorang lelaki yang bernama suami...”
“Mulut orang nur, mulut tempayan kita boleh tutup…..”
“Zaid, boleh nur tanya sesuatu? Zaid jawab dengar jujur ok?”
“Tanya apa nur?”
0 comments:
Post a Comment