adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Wednesday, December 2, 2009

...................


“Rawati hatimu dengan ZIKIRULLAH, suburi akhlakmu dengan AL-QURAN, kekalkan ketaqwaanmu dengan ISTIQAMAH” –pesan pak yai selepas solat subuh berjemaah disurau madrasah Muhammad..

Seperti biasanya selepas habis berzikir dan berwirid... Pak yai Akan memberikan kuliah subuh...buat jadi pedoman kami semadrasah...

“Kita ni kerap sangat bermesej...saya tidak pernah bercakap dengan nisa,tidak pernah pula kita berdating seperti pasangan muda-mudi sekarang....saya takut dengan zina hati,walaupun perhubungan kita dititik tolakkan dengan dasar agama...namun hati manusia,nafsu,iman yang sentiasa pasang surut...sudah hampir setahun perhubungan kita sebegini....kita hanya pernah bertembung semasa berada dimajlis perkahwinan sepupu nisa. Hurm nisa,mahu jadi teman hidup saya?Kalau nisa sudi,saya akan menghantar keluarga saya untuk melamar nisa”

“Khairunisa? Macam mana dengan persoalan zaid minggu lepas, sehingga sekarang nisa masih lagi menyepikan diri... boleh berikan saya jawapan yang pasti, saya sedia menanti.....”

“Zaid...Maafkan nisa...... Semalam ada orang datang melamar, mak dan ayah nisa menerima lamarannya”

“Siapa yang datang melamar? Melamar Nisa?Nisa terima?” - persoalan Zaid bertalu-talu dek kerana terkejut..

“Ustaz Zamri Iskandar, anak haji Seman...”

“Boleh Zaid tanya? Bagaimana dengan hati dan perasaan zaid terhadapnya?”

“Maafkan nisa,mungkin perkenalan kita yang terlalu lama ini membibitkan perasaan cinta antara nisa dan zaid.. mak mahukan pasangan hidup nisa..Yang bakal menjadi suami nisa adalah lulusan dari tanah kelahiran Nabi s.a.w.... Tapi nisa agak ragu-ragu, apa yang perlu nisa lakukan?”

“Yang berkelulusan dalam bidang agama?dari al-azhar?...”

“Zaid doakan nisa berbahagia, insyallah saya yakin Ustaz Zamri mampu memberikan kebahagiaan kepada nisa, ilmu agama yang dimiliki olehnya pasti boleh menyuburkan rasa cinta, membibitkan tarbiyah islamiah, ia pasti mampu mendidik anak-anak nisa nanti dengan baik... Berdoa, bertawakal, yakinlah pada Allah s.w.t... ”

“Maaf andai Zaid tersalah bicara, tersilap kata...tersalah sangka... Selamat tinggal siti khairunisa..... Assalamualaikum.....“

“Muhammad Zaid Zakwan bin Muhammad Zakaria Zahran…....Ustaz Zamri pasti adalah lelaki yang diciptakan Allah untuk wanita sebaik Khairunisa...Nisa itu anak Ustaz Zafrullah Ismail...anak ustazah Zabedah Ibrahim...Keluarganya pasti mahukan pasangan terbaik untuk anaknya...Dari tanah Arab.... Ustaz Zamri pasti mampu membahagiakan nisa lebih dariku...Hanya dari madrasah atap nipah... “ - Pujuk hati zaid pada dirinya..


“Antara cinta yang didoakan oleh Ribuan para malaikat langit adalah cinta sepasang suami isteri yang bersama kerana Allah s.w.t...

...................(bersambung)

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online