adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Thursday, October 22, 2009


TING—ting..ting... henpon zaid bunyi dek menandakan sms masuk.. zaid lebih senang menggunakan ringtones yang biasa-biasa je..xsuka sangat dengan music-music yang lagha-lagha..
Di tekannya button read, “eh akak xtahulah kat mana” mesej itu dibaca dengan tenang..
Hurm..bila plak aku ada mesej dier,salah hantar mesej kot..
Zaid terus meletakkan henponnya ke meja...ting...ting...ting...
Eh dier hantar mesej lagi?zaid terus menekan button read ....
“Assalamualaikum,zaid nak Tanya no telepon prof Ibrahim ape ek?” sms yang dihantar oleh wan,atau nama sebenarnya wan nur alwani nadirah wan che rahim...perempuan yang satu kelas dengan zaid,juga merangkap AJK yang dipimpin oleh zaid dalam persatuannya..perempuan yang sangat dihormati oleh zaid kerana ke-muslimahan wanita itu.. tudungnya yang labuh,bajunya rekaan busana ana muslim,wajahnya yang tenang dan bersih,yang tidak lekang dengan senyuman..menjadikan NUR ALWANI NADIRAH antara wanita rebutan mahasiswa disini...
Yela sejak beliau memegang jawatan sebagai ketua Kuliyyah, banyak pulak orang mencarinya...
Kekadang terasa juga rimas, namun ia suatu tanggungjawab yang telah diamanahkan...
”apabila diletakkan disebuah gunung untuk dipikul maka runtuhlah gunung tersebut,pabila diberikan kepada jin-jin maka mereka xsanggup memikulnya,dan apabila diberikan kepada manusia...manusialah yang sanggup memikulnya,sedangkan manusia tahu bahawa tanggungjawab memikul amanah amatlah besar,sehingga seluruh makhluk bumi tidak sanggup memikulnya..”
“Bro Zaid Zakwan! Mengelamun ke?”... Eh brother sufyan.. (ditempat ku belajar ni memang lebih selesa kalau mahasiswanya digelarkan “brother” dan yang mahasiswinya digelarkan “sister”


lamunan zaid terhenti.. teringat ia akan ajaran pak yai disekolah pondoknya..pesanan ulama itu terus tergiang-giang didadanya..dijadikan bekal menempuhi ujian,dugaan yang singgah didiari kisah hidupnya dalam usaha menjadi manusia terbaik,menjadi muslim terbaik,menjadi penganut agama islam yang terbaik dalam pengharapan kepada keredhaan Allah...
“Assalamualaikum.0129078843” zaid terus menghantar no telepon prof Ibrahim kepada nur. Mesej ringkasnya itu terus,dibiarkan begitu sahaja tanpa memanjangkan mesej untuk bertanya kenapa nur mahukan no prof.. Zaid kurang suka berbicara dengan wanita,mesej hok lagha-lagha pun tidak..

“antara tanda orang yang beriman adalah mengucapkan perkara –perkara yang baik,dan mendiamkan diri itu adalah lebih baik dari berbicara mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat” ujar pak yai..

Mengelamun lagi zaid, terkenangkan ajaran-ajaran sekolah pondonnya itu..Dah hampir 3 tahun berlalu sejak aku menyambung pelajaran disini...dan juga kisah hitam yang menghantui hidupku.. ahh..astagfirullah..........
Astagfirullah......astagfirullah...........tetiba sahaja pipi zaid dibasahi dengan air mata..Air mata penyesalan............

Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
(Hadith Qudsi)

Baru sahaja 2 tiga hari lepas nur tanyakan soklan yang sama...aku dah bagi,dia tersalah letak no itu kot..
Pikir zaid,yang sedikit kehairanan walaupun ia tidak ditanyakan teruskan kepada nur...
Tanpa diduga atau dipinta-minta.. ia kerap juga berhubung dengan nur melalui YM..
[3:14:02 PM] ZAID says: Assalamualaikum..nur..nak tnye,tau x kenape kalau saya wat coding javascript.tapi kat mozilla or ie xkuar pape?
[3:14:19 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: waalaikumsalam…
[3:14:29 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: javascript tak keluar
[3:14:30 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: emm
[3:14:43 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: tak thu pla
[3:14:54 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: memang tk leh run langsung ye?
[3:15:10 PM] ZAID says: blank je kat page tue..
[3:15:25 PM] ZAID says: coding example dlm buku tue...
[3:15:37 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: yang nombor berape
[3:16:16 PM] ZAID says: muka surat 323..9.4 function definition..
[3:17:35 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: mngkn ada yang trtggl
[3:18:06 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: kalau ikt cnth bku
[3:18:12 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: bleh run
[3:18:28 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: tapi tak tahu plak
[3:21:08 PM] ZAID says: kalau xbleh nak tgk yang example ni..yang laen pun susah sket nak wat lah..
[3:21:37 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: saya cekkan
[3:23:11 PM] NUR ALWANI NADIRAH says: awak silap kt atas je...

.........(bersambung)



Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online