adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Friday, December 18, 2009

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”


“Sis nadirah dah siapkan assignment yang Prof Abdullah bagi haritue?”


“Alhamdulillah akak dalam proses finishing, sikit lagi. Kenapa hajar?,nak akak tolong?”


“Hurm…sebenarnya saya nak minta pandapat sis...”


“Pendapat tentang apa? Tentang faris lagi?”


“Sis,saya dah bercouple dengan faris.Dan hubungan kami terjaga dari cinta berdasarkan nafsu.. Kami yakin hubungan ini pasti membawa ke gerbang perkahwinan..tapi sis..”


“Tapi apa sis hajar?”


“Tadi faris hantar sms,lalu minta putus…Dia tak mahu zina hati,tak mahu couple sebab dia malu dengan rakan tablighnya..Camna sis?Haramkah suatu Cinta itu?Saya sayang faris sis..”


“Laa..Astagfirullah,banyak-banyak mengucap hajartulhanim.,ingat Allah!”


Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)”






“Pada pendapat akak, Berkasihlah kerana Allah: Islam tidak melarang penganutnya untuk kasih mengasihi antara satu Sama lain. Binalah kasih itu dengan benih-benih tarbiyah.Jika nak main mesej ok xde masalah tapi letakkan unsur nasihat, mesej dengan iman dan taqwa.

Tak perlu mesej tentang perasaan dan cinta, perasaan cinta itu simpan dalam hati je, jangan di ungkap-ungkap dengan pasangan – takut nanti akan memudar sinar rahmat Allah.


Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari


Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.


C.I.N.T.A - bukannya sekadar untuk bersuka-suki dan berasyik - asyik. Bukanlah cinta jika sampai lahir anak tak tahu bapa, Bukanlah cinta jika sampai mengenepikan orang tua, cinta itu bukanlah mempertaruhkan syariat hingga tak kisah dosa pahala. Itu semua bukan lah cinta ! Tapi bala - yang mengundang murka!


Kita ini wanita - sis hajar sendiri pun pakai tudung labuh,tak malu orang melihatnya?Berdua-duaan di kafe,alasan apa?Belajar?Study group?Dah takda classmate wanita untuk study?Fitnah ni,sis hajar bukan sahaja telah mencemarkan imej wanita tudung labuh,malah telah membawa fitnah kepada muslimah! Kalau ikut pendapat peribadi akak, memang tindakan faris benar. Banyak-banyak mengucap sis hajar ingat Allah.Jangan mencalarkan imej islam!


(bersambung.....)

2 comments:

muhammad syafiq said...

salam ziarah.. menarik kempen tu :)

islamkan jiwaku said...

salam,syukran atas kunjungan..
Akhi Syafiq Dah menjalankan kewajipan belm? kalo dah cukup syarat - jgn tgghkan ibadah..

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online