adaKah Aku,kau,Dia atau kiTa ?

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."

Friday, October 2, 2009

Subhanallah...subhanallah...subhanallah...
Alhamdulillah.........alhamdulillah..............alhamdulillah......
Allahuakbar...............allahuakbar........................


Bibirnya dbasahi dengan zikirullah..........dibacanya zikirullah itu dengan penuh penghayatan...
Beliau menyebut satu persatu...dengan perasaan...Baca dengan roh....
“Pak Yai sedih sangat melihat manusia sekarang...Bilamana pak teringat dengan sabda Rasulullah pada para sahabat baginda, apabila ditanyakan kepada baginda mengenai iman umat akhir zaman...
“Wahai Rasulullah, bagaimana iman umat akhir zaman nnti? Imanku ibarat sebuah gunung, imanmu ibarat kuda yang berlari mengelilingi gunung tersebut, iman umat akhir zamanku...ibarat debu-debu yang berterbangan dek libasan larian kuda tersebut...”


Rendahnya iman kita...subhanallah..............airmata pak yai menitis lagi..........menitis....
Menitis dan terus menitis..............”
Zaid sangat hormat kepada orang tua itu yang lebih gemar mengelarkan dirinya sebagai pak yai...
Pak yai sentiasa memilih jubah putih sebagai pilihan utamanya,ia lebih suka menggunakan serban yang dililit dengan kaedah orang Pakistan.. wajah warga tua ini putih bersih,janggut putihnya tersisir rapi,umurnya dalam lingkungan 56 tahun dengan gaya seperti seorang ulama tersohor...
Kesyahduan zaid melihat wajah guru tasawufnya..Tenanglah jiwanya yang resah itu dalam kecintaannya pada gurunya itu..
Sudah hampir setahun zaid belajar dimadrasah pondok pak kiyai haji deraman..Keturunan ulama tersohor dari seberang Sumatra Indonesia...
“Hmmm...Alahai...Subhanallah.....ana sungguh sedih melihat umat nabi Muhammad s.a.w...Semalam semasa ana pergi melawat saudara yang sedang sakit ditanah merah, oleh kerana belum menunai solat maghrib ana behenti sebentar dimasjid yang berdekatan..Masjid Hj Fateh Ibrahim..

Antara waktu solat maghrib dan solat isyak, setelah selesai menunaikan solat..ana duduk sebentar merehatkan badan yang keletihan memandu hampir 4 jam dari kuala prai..ana melihat...

Ramai orang yang solat sunat, ada yang solat ba’diyah, ada yang solat sunnat hajat, xkurang juga yang solat sunat awwabin.....tonggang tonggek....
Tonggang tonggek....

Ada orang yang membaca al-quran...kedengaran ada yang baca laju,ada yang pelahan...ada yang membaca seperti baru sahaja mengenal kalamullah tu..Subhannallah......kalimah subhanallah terus dibaca sehingga perlahan-lahan hilang dari kedengaran...................

Eh?kenapa nak sedih plak?Alhamdulillah mereka semua tekun dalam mencari keredhaan Allah,zaman sekarang bukan senang nak cari manusia yang sanggup menghabiskn masa dimasjid..Lebih-lebih lagi remaja-remaja kita...pantang duk masjid, panas punggung katanya..alergi duk masjid katanya...naauzubillah...,seandainya mereka tahu menghargai besarnya ganjaran bagi mereka yang berada dimasjid bagi menunggu tibanya waktu isyak....Subhanallah...ujar zaid yang sedikit kehairan dengan keluhan sahabat seperjuangannya itu..

“Yang solat tonggang tonggek tu, kelihatan sangat xkhusyuk bila matanya asyik berkeliaran memandang manusia-manusia lain yang lalu lalang dihadapannya ketika ia solat..

“Tidak mereka tahu mengenai larangan Rasulullah, mengenai larangan berjalan dihadapan orang yang sedang mendirikan solat? Yang bersolat itu pula seharusnya tahu mengenai etika nak solat dalam masjid, yang solat tepi pintu masjid buat apa? Dahlah tidak meletakkan apa-apa objek sebagai penghadang dihadapannya...

Kan pak yai dah ckp dulu, sekiranya seseorang itu menunai solat ditempat lalu lalang manusia, perlulah ia meletak objek, beg ke, atau pape yang dijadikan objek penghalang antara orang yang lalu lalang dengan orang yang mendirikan solat...Kalau tidak salah, seorang sahabat mengatakan – aku rela mengambil jalan sejauh 40 tahun perjalanan daripada aku berjalan dihadapan orang yang menunaikan solat...



Yang membaca al-quran tadi, baca dengan laju...xtahu menda yang dibaca...baca seperti kena kejar dengan parang” kata hussain terus terhenti,zaid terus terdiam dek kerana memahami apa yang cuba dijelaskan oleh sahabatnya itu....mereka berdua terus terdiam tanpa kata.............

“Saya melihat ramai yang membaca Al –quran,yang mengerti bahasa Al-quran.. –firman Allah yang tafsir berbunyi, tidak segaja Allah menciptakan Al-quran itu dalam bahasa arab melainkan agar kita mengambil pengajaran darinya...

Ada yang baca laju, ada yang baca perlahan..Ada yang baca style budak maahad tahfiz, ada yang baca dengan taraanumnya... Siapakah yang paling beruntung dan paling mendapat manfaat dari apa yang mereka baca itu? Ujar Pak kiyai, dalam kelas ilmu roh kepada anak –anak didiknya...

Tentulah yang orang-orang yang membaca dengan memahami ayat-ayat Allah itu,yang mengamalkan apa yang dibacanya itu,beriman dengan ilmu yang ia perolehi dari kalamullah..ujarku kepada pak yai..

Alhamdulillah, jawapan yang bernas Muhammad Zaid Zakwan….tapi kurang satu lagi..

Kita perlu membaca dengan roh! Menghayati setiap patah kalamuallah yang kita baca...

“BACA DENGAN PERASAAN, bukan perasan..BACA DENGAN PENGHAYATAN, bukan khayalan, BACA DENGAN ROH....”
Membaca dengan roh disini bermaksud membaca dengan meletakkan perasaan kita,hati kita..minda kita.. baca satu persatu,sebut dengan jelas,rasai kalamullah itu meresap dalam badan.. rasakan getarannya yang mengalir dalam saluran darah..membaca dengan roh kudus (yakni perasaan

takut,dan mengharapkan keredhaan Allah...baca dengan nada “sedih”) demi memastikan jiwa kita mampu untuk merintih,memastikan kotoran hati kita mampu terhakis,memastikan syaitan –syaitan yang berkeliaran dalam salur darah kita akan keluar dari tubuh..dan memastikan airmatamu mampu mengalir...

Sambung pak yai ‘Banyak surah-surah dalam al-quran yang menyatakan ciri-ciri orang beriman.Orang beriman adalah bilamana dibaca kalamullah..ayat-ayat Allah maka bergetarlah hati mereka..dan tertitislah airmata mereka kerana “takutnya” mereka..

Hati kita ni senang je nak lembutkan...bacalah al-quran dengan roh,berzikir dengan roh,berselawat dengan roh...berdakwah dengan roh,bersembahyang dengan roh.. hinggalah ke akhir kelas,pak yai terus menekan kepentingan aspek ROHANI....kepentinganya dalam mengapai status orang beriman,yang bergetar hati mereka bilamana mendengar ayat-ayat ALLAH...dan bilamana itu mereka sudah hampir dengan.....(bersambung)

3 comments:

sekencang_kalam89 said...

Firman Allah S.W.T. dlm surah Al-baqarah ayt 45 yg mafhumnya,"Dan mohonlah prtolongan(yakni kpda Allah) degn sabar dan solat.Dan ianya(solat) sgguh berat mlainkan org2 yg kusyuk".

Banyak lagi ayat2 dalam Al-quran dan Al-hadis yg menggalakkn kita spya mmupuk rsa ksyuk dalam solat..dsebabkan itu Allah dan RasulNya mnggalakkan kita smbhyang brjemaah shgga ada riwayat mnyatakan btpa klebihan solat brjemaah itu ada pda jemaahnya yakni jikalau hnya seorg dr jemaah itu saja yg kusyuk maka Allah akn mngira bahwa smua jmaah itu kusyuk sama sprti jemaah yg ksyuk itu tadi..Allahu'alam.

islamkan jiwaku said...

naam..

zwaniislam said...

Salam.izin share d blog sy,akhi.sbb sy suka bcanya.:)

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online